Team Manis Atau Team Savori? Perdebatan Selera Malaysia Bermula!

Roti bakar kaya butter, buttermilk chicken, kek batik atau pasta berkrim? Sempena Hari Malaysia, Anchor Butter mengajak rakyat Malaysia menentukan sendiri hidangan yang paling layak mewakili selera Malaysia.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Anchor Butter

Manis atau savori? Nampak macam soalan mudah, tetapi kalau ditanya kepada rakyat Malaysia, jawapannya pasti berbeza

Ada yang sanggup memilih pencuci mulut setiap kali makan, manakala ada pula yang tidak boleh berpisah dengan hidangan berempah dan berkrim.

Jadi, anda pula Team Manis atau Team Savori?

Sempena Hari Malaysia, Anchor Butter membawakan kempen Manis vs Savori Selera Malaysia bagi meraikan kepelbagaian cita rasa rakyat Malaysia dan membuktikan bahawa satu mentega berkualiti mampu melengkapkan kedua-dua jenis hidangan.

Lebih menarik, kempen ini bukan sekadar berlangsung di media sosial. Ia turut menghimpunkan penyampai Hot FM, chef popular, Seismik Makan dan orang ramai untuk menentukan hidangan yang paling layak mewakili Selera Malaysia.

Anchor Butter satukan DJ Hot FM dan chef popular dalam cabaran Manis vs Savori

SAYS.com
Image via

Bagi menghangatkan persaingan, penyampai Hot FM, AG dan Chef Arieni Adriena, pengasas Gula Cakery, akan mewakili Team Manis, manakala Fizi dan Chef Anis Nabilah pula akan mewakili Team Savori untuk menghasilkan hidangan menggunakan Anchor Butter.

Seismik Makan pula akan membawakan dua episod video khas yang dihoskan oleh Amat Larbsib. Satu episod memfokuskan kepada hidangan manis, manakala satu lagi menampilkan hidangan savori.

Namun, ia bukan sekadar video memasak biasa. Ketika satu pasukan sedang memasak, pasukan lawan akan cuba mengganggu mereka dengan usikan dan cabaran yang mencuit hati.

Di sebalik gelagat mereka, penonton juga dapat melihat bagaimana Anchor Butter membantu menghasilkan hidangan yang lebih kaya, berkrim dan menyelerakan.

Kenapa Anchor Butter sesuai untuk hidangan manis dan savori?

Diperbuat daripada 100% susu lembu New Zealand, Anchor Butter menawarkan rasa mentega yang kaya dan tekstur berkrim untuk menyerlahkan pelbagai hidangan, daripada kek dan biskut hingga pasta, ayam buttermilk dan resipi tempatan.

Bukan sekadar pilihan untuk baking, Anchor Butter juga sesuai digunakan dalam pelbagai masakan harian, menjadikannya mentega pilihan untuk hidangan manis mahupun savori.

Kini giliran anda tentukan pemenangnya

Kemuncak kempen Manis vs Savori Selera Malaysia akan berlangsung sempena Hari Malaysia di acara Keretapi Sarong.

Sempena Hari Malaysia di Keretapi Sarong, orang ramai berpeluang merasai sendiri kedua-dua hidangan sebelum mengundi pasukan pilihan mereka.

Caranya mudah:

  • Cuba hidangan Team Manis
  • Cuba hidangan Team Savori
  • Pilih kegemaran anda
  • Buang undi

Undian anda akan menentukan hidangan manakah yang layak bergelar Selera Malaysia.

Team Manis atau Team Savori? anda penentunya

AG dan Chef Arieni mewakili Team Manis, manakala Fizi dan Chef Anis pula mempertahankan Team Savori.

Sekarang tiba giliran anda pula.

Ikuti siri video khas daripada Hot FM dan Seismik Makan, kemudian hadir ke acara Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia untuk merasai sendiri kedua-dua hidangan dan menentukan pasukan pilihan anda.

Team Manis atau Team Savori? Apa pun pilihan anda, dengan Anchor Butter, mesti jadi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS