Burger King Malaysia Lancar Menu Khas ‘Dragon Ball Super’ Bersama Koleksi Figurine
Bermula 7 September 2026, peminat siri Dragon Ball Super berpeluang membawa pulang koleksi patung permainan (figurine) eksklusif.
Cover image via Burger King Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Burger King Malaysia secara rasmi menjalin kerjasama strategik bersama studio animasi terkemuka, Toei Animation, bagi membawakan kehangatan siri anime popular Dragon Ball Super terus kepada para peminat di seluruh negara
Bermula 7 September 2026, pelanggan dan peminat siri anime berkenaan berpeluang menikmati menu edisi terhad yang dilengkapi pembungkusan khas, hidangan penuh rasa, serta koleksi patung permainan (figurine) eksklusif sementara stok masih ada.
Inisiatif kolaborasi ini memperkenalkan set King Jr. Meal bertemakan Dragon Ball Super bagi membolehkan peminat cilik dan pengumpul koleksi tegar membawa pulang salah satu daripada enam pilihan patung koleksi watak utama iaitu Goku, Super Saiyan God Super Saiyan Goku, Vegeta, Super Saiyan God Super Saiyan Vegeta, Piccolo dan Beerus. Set hidangan ini ditawarkan bersama mahkota bertema khas menerusi tiga pilihan set hidangan:
- Set 4-keping Nuggets bersama Kentang Goreng dan Minute Maid
- Set Chick N Crisp bersama Kentang Goreng dan Minute Maid
- Set Cheeseburger bersama Kentang Goreng dan Minute Maid

Lima cawangan restoran Burger King terpilih di seluruh Malaysi bertemakan Dragon Ball Super
Bagi menyemarakkan lagi pengalaman peminat, lima cawangan restoran Burger King terpilih di seluruh Malaysia akan mengalami transformasi hiasan dalaman dan luaran bertema Dragon Ball Super. Cawangan yang terlibat merangkumi Wangsa Maju (Kuala Lumpur), Sunway Pyramid (Selangor), Botani Village (Perak), Limbongan (Melaka) dan Lukut (Negeri Sembilan). Restoran berkenaan bakal menampilkan seni visual watak, grafik pencahayaan khas, serta elemen hiasan berskala besar yang mengasyikkan.
Ketua Pegawai Pemasaran Burger King Malaysia, Leong Huey Ying berkata, Dragon Ball Super merupakan fenomena global yang memberi inspirasi kepada pelbagai generasi. Kerjasama ini diharap dapat memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pelanggan menerusi barangan koleksi eksklusif dan suasana restoran yang unik.
Hidangan bertema Dragon Ball Super boleh dipesan secara terus di restoran, perkhidmatan pandu lalu (drive-thru), atau menerusi aplikasi digital Burger King Malaysia. Pakej set King Jr. Meal ditawarkan pada harga bermula RM13.50 di Semenanjung Malaysia dan RM15.50 di Sabah serta Sarawak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


