Hanya Empat Premis Rumah Sembelih Yang Ada Status Halal & Diiktiraf Di Kuala Lumpur
Difahamkan, jumlah rumah sembelihan yang sedikit menimbulkan kebimbangan pengguna akan status halal ayam di pasaran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hanya empat rumah sembelihan di ibu kota mempunyai status Halal menerusi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
Menurut laporan daripada Berita Harian, ada rumah sembelihan yang beroperasi dan mendakwa mempunyai tauliah penyembelih, tetapi tidak memohon status Halal menerusi SPHM daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
JAKIM menjelaskan, tauliah penyembelihan dikeluarkan oleh JAIN atau Majlis Agama Islam Negeri hanya diberikan kepada individu yang memenihu syarat dan penilaian pengetahuan dan kemahiran penyembelihan menurut hukum syarak.
Bagi status tauliah penyembelih yang tidak diiktiraf SPHM, syarikat itu tidak boleh memaparkan logo Halal pada produk mereka.
Hanya syarikat yang memiliki tauliah dibenarkan mengguna logo Halal kerana penilaian JAKIM meliputi operasi premis termasuk proses penyembelihan, kebersihan, peralatan, pengendalian serta penyimpanan.

Jumlah rumah sembelihan yang sedikit menimbulkan kebimbangan pengguna mengenai status ayam segar yang dijual
Disebabkan jumlah rumah sembelihan yang sedikit, pengguna bimbang akan status ayam segar yang dijual dalam pasaran.
Menurut data rasmi JAKIM, mengambil kira Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) populasi penduduk Kuala Lumpur adalah seramai 1.98 juta dengan 45.3% daripadanya beragama Islam.

Jumlah jurang antara saiz populasi dengan fasiliti penyembelihan adalah sangat besar dan mencetuskan pertanyaan mengenai sejauh mana bekalan ayam di pasaran tempata benar-benar terjamin halal.
Kadar yang terlalu rendah bagi pemilikan sijil halal mencetuskan kebimbangan umum kerana kemungkinan termakan 'bangkai ayam'.
Demografi penduduk beragama Islam dalam negara ini sangat besar dan ramai bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang dijamin halal mengikut syarak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via