Gardenia Lancar Roti Susu Original Classic Supreme Baharu Sempena Merdeka 2026
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Kementerian
Komunikasi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Cover image via GardeniaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya
Penglibatan ini merupakan tanda sokongan syarikat terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan, serta keharmonian selaras dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".
Penyertaan Gardenia dalam majlis berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda negara, di samping menyemarakkan rasa kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bersempena dengan sambutan peringkat kebangsaan ini, Gardenia turut mengumumkan pelancaran produk baharu daripada rangkaian Original Classic sedia ada, iaitu Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g.
Produk baharu ini diperkenalkan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna menerusi penambahan variasi roti susu berkepingan tebal.
Ditambah dengan tekstur yang lembut, pengguna dapat menikmati pengalaman hidangan yang lebih memuaskan bermula daripada suapan pertama. Selain mengekalkan identiti ikonik "Sungguh Enak… Dimakan Begitu Sahaja", roti ini juga sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai resipi hidangan yang versatil.
Sumbangan cenderahati & pek kombo RM10 di Putrajaya

Sebagai sebahagian daripada komitmen menyemarakkan majlis perarakan, Gardenia menyumbangkan pelbagai produk roti serta barangan cenderahati eksklusif bernilai keseluruhan RM15,000:
- Edaran Kipas Tangan & Produk: Sebanyak 5,000 unit kipas tangan eksklusif serta pelbagai produk Gardenia diedarkan secara percuma kepada para pengunjung. Terdahulu, sebanyak 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme telah diedarkan pada Majlis Pra-pelancaran Merdeka, 12 Ogos lalu.
- Tapak Jualan Khas: Gardenia turut membuka tapak jualan di Perkampungan Rakan Strategik, Dataran Putrajaya, dengan menawarkan 1,000 pek kombo promosi pada harga RM10 yang menggabungkan pelbagai produk roti termasuk variasi baharu.
- Aktiviti Interaktif Keluarga: Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi membolehkan para pengunjung meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sepanjang acara berlangsung.
Melalui penglibatan sebagai Rakan Strategik ini, Gardenia berharap dapat terus berdiri bersama rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta mewujudkan pengalaman sambutan kemerdekaan yang bermakna buat seisi keluarga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


