[GAMBAR] Restoran Hussain Ini Buka Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Di Malaysia
Hangpa jangan lupa singgah!
Hussain nasi kandar merupakan restoran pertama yang membuka cawangan secara drive-thru selain restoran makanan segera yang lain. Menarik bukan?
Cawangan pandu lalu ini terletak di Caltex Toll, Sungai Dua di Penang. Cawangan ini akan dibuka dalam masa yang terdekat, bulan November. Siapa yang lalu tu nanti, jangan lupa singgah dan dapatkan nasi kandar favourite anda! Bukan biasa-biasa ni boleh drive-thru nasi kandar famous dan legend.
Nah, ini merupakan reka bentuk cawangan Hussain yang baru. Sangat inovatif!
Pembukaan cawangan pandu lalu oleh Hussain nasi kandar ini mengundang perhatian ramai...
Hamboi, hamboi, hamboi maju kan Hussain nasi kandar. Impressive!
Warga-warga Penang, singgah jangan tak singgah! Kepada yang melawat Penang tu, this is the time where you can get the legend nasi kandaq!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!