[GAMBAR] Starbucks Heritage Ini Terunik Di Malaysia. Wajib Singgah Sekali Seumur Hidup!
Starbucks pinang hati anda. :)
Tipulah kalau tak suka Starbucks kan?
Starbucks memang terkenal dengan konsep reka bentuk bangunan yang classic dan inovatif.
Apa yang menarik, cawangan Starbucks di Penang ini telah membawakan sebuah kelainan, iaitu tema yang berunsurkan konsep heritage!
Starbucks ini terletak di bangunan heritage di Penang. Bangunan putih yang tinggi, berpintu kayu dan berlantaikan jubin ini memang terasa bangunan yang bersejarah!
Pintu klasik berbunga emas yang berunsurkan budaya peranakan Baba Nyonya ini seolah-olah membawa kita ke zaman silam bila masuk...
Bukan itu saja, interior design dalam Starbucks ni sangat sedap mata memandang. Berkali-kali pandang pun tak jemu...
Tengok tu, perabot semua diperbuat daripada kayu, kerusi leather, warna yang dipilih sangat sesuai, earthy tones. It's a perfect combination!
Chinese tiles yang menggunakan teknik tessellation ini memang sesuatu yang unik. This is sooo Penang!
Haa jangan lepaskan peluang untuk check out Starbucks ni tau. Starbucks yang seakan-akan kafe heritage yang selalu dijumpai di Penang. Sekali pandang terus jatuh cinta!
Alamat:
1, Jalan Green Hall,
George Town,
10200 George Town,
Pulau Pinang.
Waktu operasi:
7.00am-10.30pm (Setiap hari)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!