makan

Check Out Keunikan Konsep Susunan "Double Decker" Kafe Di Penang Ini. Sangat Inovatif!

Sesiapa yang duduk bahagian atas, jangan buang angin tau!

Cover image via @cafe_takdak_nama.sp (Instagram)

Keunikan meja makan dan tempat duduk untuk pelanggan di kafe ini telah mencuit hati para netizen

Kafe ini mempunyai tempat duduk yang bertingkat-tingkat. Haa, siapa yang suka makan tempat tinggi-tinggi boleh la pilih tempat duduk yang kat atas. 

Sesiapa yang penakut, gayat, janganlah cari nahas. Duduk bawah je ok?

Cuba teka apa nama kafe ini?

Nama kafe ni, Cafe Takdak Nama by Mamak Kwang Soo. Cawangan terbarunya di Sungai Petani, Kedah. Cawangan kedua ini dibuka dua bulan yang lalu. 

Nak tau tak, sebenarnya kafe ini ada cawangan pertama di Bayan Lepas, Penang yang telah dibuka tahun lepas.

Tertanya-tanya menu apa yang disajikan di kafe ini?

Kafe ini menghidangkan western food seperti chicken chop, lamb chop, carbonara, fish n chips dan lain-lain.  

Peminat makanan barat, tunggu apa lagi? Jom!

Disebabkan konsep yang unik ini tular di Twitter, netizen muncul dengan pelbagai keraguan...

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Jangan takut mencuba guys. Ajak kawan-kawan pergi hujung minggu dan experience yourself! 

Nah ni alamatnya...

Alamat (Sungai Petani):
3, Jalan Perdana Heights 1/2,
Perdana Heights,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Alamat (Bayan Lepas):
2A, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ikuti Instagram kafe ini. 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Lihat artikel-artikel lain:

You may be interested in: