Kafe Muslim-Friendly Di Johor Bahru Ini Cantik & Instagrammable. Perfect For Brunch!
Check out menu yang menarik di kafe ini. Guarantee 10/10!
Walaupun kafe ROUTINE by Soon ini merupakan kafe terbaru di Johor Bahru, sebenarnya kafe ini dimulakan oleh Soonporter dan Alexa Ooi.
Mereka merupakan founder antara kafe terpopular di Johor, iaitu People and Places Cafe.
Kafe ini bertemakan Melbourne scene yang mengaplikasikan Industrial Chic Style (vintage dan unsur kehijauan). Dengan sisipan cahaya kuning keemasan dan pokok-pokok hijau membuatkan keadaan kafe menjadi sangat tenang dan aman.
Kafe ini menghidangkan pelbagai menu yang sangat sesuai untuk brunch dan makan malam.
Bukan kafe biasa-biasa, ROUTINE by Soon juga pernah dilawati oleh kerabat diraja Johor. Bukan itu sahaja, malah kafe ini mendapat kunjungan daripada salah satu penyanyi M-pop terkenal, Jay Chou dari China.
Mana taknya? Services di kafe ni memang tip top daripada anda beratur sampai makanan dihidangkan atas meja, minuman dituangkan oleh waiter dan waitress, perfect. Recommended 10/10!
Anda mesti tertanya-tanya, menu apa yang must try di ROUTINE by Soon Cafe ni?
Kafe ini hidangkan pelbagai makanan Mexican dan makanan barat yang sedap-sedap belaka. Tidak lupa juga kepada penggemar dessert, kafe ini juga menyajikan burnt cheesecake, cinammon rolls, lemon tart dan pelbagai lagi. Paling penting, kafe ini pork and lard free. Jangan risau.
Services yang diberikan juga buatkan anda tak rasa nak balik. Lepak lama-lama pun takpe. Serious!
Jom baca sampai habis, rugi tak cuba menu-menu ni. The best ever brunch and dinner. Check out hidangan yang kami rekomen untuk anda cuba di bawah!
1. Quesadilla Brekkie
Peminat Tomyam? Yess ini untuk anda! Rasa Tomyam sumpah turn on, fresh from oven. Sedikit juicy dengan perahan lemon, emm masam-masam manis bergabung dengan perisa Tomyam. Dihidangkan dengan biji buah delima, pops dalam mulut...tak cukup one bite!
2. Sous Vide Piri-Piri Fried Chicken
Dihidangkan bersama jagung bakar, mild tomato salsa, sour cream, lettuce, biji buah delima dan perahan limau. Rasa ayam yang manis-manis masam, sangat fresh! Jangan lepaskan peluang untuk cuba.
3. Englishman's Breakfast
Menu brunch yang paling disukai ramai, dihidangkan bersama kampong scrambled eggs, chicken sausage, homemade baked beans, tomato dan cendawan yang dipanggang. Anda juga boleh pilih beef atau chicken ham.
Dessert time....
Dah makan main course, sudah tentu nak makanan manis sebagai desserts. Ta-daaa ini desserts yang ada di kafe ini.
#GOOD Cinnamon Roll (4 PCS), perlu ditempah sehari sebelum.
#ROUTINE's Basque Cheese Cake (Slice)
Terliur dah...
Bukan itu sahaja, peanut butter homemade merupakan produk paling popular yang sentiasa mendapat sambutan hangat!
Apa yang menarik, jam berperisa kacang ini dibuat sendiri. Homemade 100%! Peanut Butter ini sentiasa sold out, so siapa cepat dia dapat!
Anda juga boleh menempah melalui website ROUTINE by Soon.
Wajib singgah kafe muslim-friendly ini, dan ini yang ditunggu-tunggu, kafe ini sangat Instagrammable!
Singgah tau, confirm tak menyesal!
Alamat:
R&F Mall, Lot G-025, G-026, Mercu 1,
Jalan Tanjung Puteri 1,
R & F Tanjung Puteri 80300 Johor Bahru
Waktu Operasi:
Isnin-Ahad
10am-10pm
Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!