10 Kafe 'Brunch' Sihat & Sedap Di KL Untuk Kaki Makan Yang Ingin Menguruskan Badan
Terdapat perlbagai makanan sihat dan sedap di kafe-kafe di Kuala Lumpur, nak kekalkan diet kita bila 'cafe-hopping' bersama kawan-kawan pun senang.
1. The Bright Side @ Ampang Park
Terletak di luar stesen LRT Ampang Park,kafe ini sedia menghidangkan pelbagai sandwic, salad dan jus yang lazat dan sihat. Mereka membuat kesemua sandwic mereka segar apabila anda membuat pesanan dan hanya menggunakan bahan-bahan yang dibuat segar.
Antara sandwic yang popular di sini adalah chicken & avocado, mushroom & eggs, dan juga sandwic pulled beef & pickled green chili.
Alamat: The Brightside Sandwich Bar, Ground Floor, Stesen LRT Ampang Park
Waktu Operasi: 7.30 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
2. RGB Cafe @ Kampung Datuk Keramat
RGB Cafe pakar menghidangkan makanan organik dan gluten-free dan juga terkenal untuk menghidangkan kopi yang sangat kaw, dan menggunakan biji kopi yang diimport, dan dibakar sendiri dalam kedai.
Antara hidangan yang popular di sini adalah Hearty Har Har Burger mereka yang dihidangkan dengan avocado dan juga big-breakfast mereka yang anda boleh ubahsuai mengikut citarasa anda sendiri!
Alamat: RGB & The Beanhive, 35, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
8.30 pagi - 5.30 petang (Isnin - Rabu)
8.30 pagi - 11.45 malam (Khamis - Sabtu)
9.00 pagi - 6.00 petang (Ahad)
No. Telefon:
+03-2181 1329
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
3. Fahrenheit 600 @ Solaris Dutamas
Jika anda berkunjung ke Publika, anda wajib cuba kafe Fahrenheit 600 ini yang terkenal dengan hidangan-hidangan brunch mereka yang sihat, pizza autentik mereka yang dibakar dalam ketuhar stone-oven, dan juga salad bowl mereka yang sangat besar dan memuaskan.
Alamat: Fahrenheit 600, A4-G2-05, 1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +03-6206 3417
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
4. Feeka @ Bukit Bintang
Kafe Feeka memang terbaik jika anda sedang mencari tempat yang chilled untuk buat kerja sambil menikmati makanan yang sedap dan sihat. Kafe ini sangat laid-back, dan sangat sesuai untuk lepak bersama rakan-rakan.
Jika anda berkunjung ke sini, cubalah hidangan all-day breakfast mereka seperti Feeka Omelette yang dibuat dengan keju cheddar, kubis bunga dan cendawan campur, dan juga cuba Oats Porridge Galore yang penuh dengan homemade granola, kepingan pisang, dan gula melaka!
Alamat: Feeka Coffee Roasters, 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi - 11.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +03-2110 4599
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
5. Pans & Temper @ Solaris Dutamas
Kafe ini terkenal dengan hidanganGarden in a Jarmereka yang merupakan salad yang mengandungi bijirinquinoa,buah delima, buah mangga, kacang kuda, tomato ceri dan banyak lagi. Selain itu, mereka jugamenghidangkan pelbagai brunch danall-day breakfastseperti french toast,sandwic-sandwic, pasta, kek dan kopi yang sedap!
Alamat:Pan & Tamper, D1-G3-9, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:8.00 pagi - 6.00 petang
No. Telefon:+03-6206 2929
Dapatkan maklumat lanjut di: InstagramFacebook
6. Goodness Greens Cafe @ TTDI
Goodness Greens Cafe antara tempat yang paling popular untuk mendapatkan makanan yang sihat & sedap di TTDI. Mereka menghidangkan makanan-makanan seperti homemade pasta, smoothie bowls yang berwarna-warni dan kaya dengan nutrisi, dan juga cold-pressed juices yang tentu akan menyegarkan badan anda serta-merta.
Di sini, anda juga boleh 'membina' salad anda sendiri mengikut citarasa anda, memang sedap kerana boleh memilih antara bahan-bahan premium seperti ikan salmon, ubi keledek, avocado mash dan macam-macam lagi!
Alamat: Goodness Greens Cafe, 32, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi - 10.00 petang
No. Telefon: +6018-368 3220
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
7. HALE @ Jalan P. Ramlee
Anda tidak perlu lagi berhenti makan makanan segera jika anda sedang berdiet! Kenapa? Anda boleh kunjungi kafe ini yang memang pakar membuat makanan segera alternatif yang sihat & sedap. Harga pun sangat berpatutan. Tak kisahlah jika anda sedang mengidam pasta ke, burger ke, wap ke apa, semuanya ada! Memang berbaloi makan calori-calori di sini :P
Alamat: HALE, Lot 1-20, First Floor, Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7.30 pagi - 8.00 malam
No. Telefon: +03-2732 5170
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
8. The Good Co. @ Taman Bandaraya
Semua makanan di sini semuanya dibuat menggunakan bahan-bahan segar yang tidak mengandungi bahan preservatif, pewarna artificial dan refined sugar. The Good Co. juga membeli semua bahan segar mereka dibeli segar setiap hari untuk memastikan kualiti makanan mereka terjaga.
Hidangan popular di sini adalah Vegan Chicken Rice mereka yang dihidangkan dengan cendawan, dan nyonya soba bowl mereka yang bukan saja lazat, tapi penuh dengan vitamin dan nutrien yang bagus untuk kesihatan anda.
Alamat: The Good Co, 184, Jalan Maarof, Taman Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang
No. Telefon: +03-2202 6536
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
9. Pickle & Fig @ TTDI
Jika anda di sekitar TTDI, wajiblah anda kunjungi kafe Pickle & Fig ini yang terkenal dengan hidangan sandwich panini panas yang sedap, smoothies sihat yang lazat dan juga kopi yang bergitu kaw!
Apabila di sini, anda haruslah cuba Pulled Beef Panini, Salami & Pesto Panini dan juga BBQ Philly Cheesesteak Panini mereka yang cukup sedap.
Alamat: Pickle & Fig, 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 11.00 petang (Setiap hari)
No. Telefon: +03-2858 9960
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
10. Ashley's By Living Food @ Bangsar
Mementingkan gaya hidup yang sihat dan makanan yang sedap, kafe ini memang antara restoran yang menghidangkan makanan sihat yang terbaik di KL. Kesemua hidangan di kafe ini adalahhomemadedan tidak menggunakan pewarna artificial, perasa artificial, MSG, preservatif dan lain-lain. Semua bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi yang organik.
Alamat: Ashley's by Living Food, 11, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 11.00 malam (Isnin - Khamis)
11.00 pagi - 12.00 tengah malam (setiap Jumaat)
9.00 pagi - 12.00 tengah malam (setiap Sabtu)
9.00 pagi - 11.00 malam (setiap Ahad)
No. Telefon:+6017-325 3663
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!