seismik

9 Lagi Kafe-Kafe Moden Di Johor Bahru Yang Wajib Anda Cuba. Jom Cafe Hopping!

Banyak tempat best nak kena try ni! :D

Cover image via Shakespeare Milkshakes | Instagram @hana__0804

1. Shakespeare Milkshakes

Untuk anda yang menggemari snek dan manisan yang enak, anda wajib berkunjung ke Shakespeare Milkshakes. Bukan sahaja hidangan di sini semuanya menarik, tetapi suasana di kafe ini juga teramat cantik dan sesuai untuk para Instagrammers!

Alamat: Shakespeare Milkshakes, No. 9, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 11 malam (Isnin - Jumaat)
12 tengah hari - 12 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +6016 421 8530

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

2. The Replacement - Lodge & Kitchen

Kepada peminat tegar kopi, kafe ini menyajikan specialty coffee iaitu Long Black Coffee yang betul-betul kaw! Selain itu, jika anda peminat Soft Shell Crab, hidangan Soft Shell Crab Burger mereka sangat sedap dan unik kerana menggunakan roti pau sebagai bun burger. Wajib cuba!

Alamat: The Replacement - Lodge & Kitchen, No. 33, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru

Waktu Operasi:
10 pagi - 6 petang (Isinin - Khamis)
9 pagi - 11 malam (Jumaat - Ahad)

No. Telefon: +6012 547 7885

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

3. Coffee Signature / Container Cafe

Kafe berkonsep kontena ini cukup popular dengan minuman Sweet Rain mereka, iaitu secawan kopi yang dihidangkan dengan gula kapas seakan-akan terapung di atas udara. Begitu menarik rupanya! Jangan lupa untuk cuba manisan-manisan lain yang menarik seperti Waffles, Cheesecake dan banyak lagi.

Alamat: Coffee Signature/Coffee Container, No. 53, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 10 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Khamis.

No. Telefon: +607 330 5731

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

4. Roost Repurposed & Recycled

Kafe ini memang terkenal dengan hidangan Rice Bowl mereka yang dipenuhi dengan nasi, avocado, salmon, salad dan banyak lagi yang boleh anda pilih. Mereka bukan sahaja menghidangkan makanan healthy, bahkan turut menyediakan dessert yang semuanya sedap belaka seperti Yogurt Ice Cream, Mint Chocolate Pie dan lain-lain!

Alamat: Roost Repurposed & Recycled, No. 14, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru

Waktu Operasi:
1 petang - 12 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Selasa.

No. Telefon: +6016 776 7489

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook 

5. Monsta Cafe

Masakan Western, Jepun, dessert - semuanya ada di sini! Salah satu masakan Jepun yang harus anda cuba ialah Japanese Chicken Katsu Curry. Jangan terlepas untuk singgah ke Monsta Cafe ini!

Alamat: Monsta Cafe, No.157, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, Skudai

Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +607 556 7128

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

6. My Liberica Coffee

Kafe moden dan minimalis ini menyediakan masakan Western yang semuanya sedap! Jika anda sukakan masakan barat yang simple seperti Carbonara, Bolognese dan Pesto, anda boleh cuba tempat ini. Untuk yang inginkan kopi pula, anda boleh menikmati dessert Affogato. Jom ke kafe My Liberica Coffee!

Alamat: My Liberica Coffee, No. 73, Jalan Molek 3/10, Taman Molek

Waktu Operasi: 
12.30 tengah hari - 10.30 malam (Ahad - Khamis)
12.30 tengah hari - 11 malam (Jumaat - Sabtu)

No. Telefon: +6013 739 9868

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

7. Passionfood Cafe & Bakery

Kafe ini menyediakan manisan yang betul-betul unik dan kreatif, dan menjanjikan gambar-gambar yang ternyata Insta-worthy bagi pengunjung di sini. Jangan terlepas untuk mencuba desserts menarik di kafe ini!

Alamat: Passionfood Cafe & Bakery, No. 71, Jalan Serampang, Taman Pelangi

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 10 malam (Isnin - Jumaat)
10.30 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +607-331 5330

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

8. Flowers In The Window

Anda pasti akan menyukai kafe berkonsep hijau ini! Dengan ruang halamannya yang menenangkan, dikelilingi juga dengan tumbuhan hijau segar, seakan-akan anda berada dalam sebuah rumah hijau. Selain itu, tempat ini juga wajib anda singgah kerana kepelbagaian menu menarik seperti Hainanese Beef Noodles, Earl Grey Lavender Cake, Chocolate Orange Walnut Cake dan lain-lain.

Alamat: Flowers In The Window, No. 9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru

Waktu Operasi:
10 pagi - 8 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Selasa

No. Telefon: +607 222 7489

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram

9. Bev C

Bila di Johor, tempat ini wajib anda kunjungi jika anda gilakan dessert dan minuman yang unik. Antara manisan yang boleh anda cuba ialah Gooey Dark Chocolate & Peanut Butter Cake. Memang berbaloi cheat day anda!

Alamat: Bev C, No. 54, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru

Waktu Operasi: 10 pagi - 7 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6016 725 3530

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Dapatkan banyak lagi idea kafe cantik untuk dicuba di JB di sini:

Dah cuba kafe-kafe ini?

You may be interested in: