7 Kafe Moden Paling ‘Most Wanted’ Di Seremban Yang Wajib Waghih Poie
Kopi, kek, 'western food', pastri semuo bondo ado jang oi!
Cover image via bigmouth.com.my/1. N9 Stick Factory
Kafe **N9 Stick Factory** yang terletak di Seremban 2 ini merupakan kafe hipster yang bertemakan kilang. Reka bentuknya sangat unik kerana kafenya diperbuat daripada kontena. Kafe **N9 Stick Factory** menghidangkan ***steamboat*** berharga RM1 secucuk yang kini menjadi tarikan hebat di sana. Minuman yang patut anda cuba jika datang ke sini adalah **Apple Polluted** yang dikatakan sedap dan sangat lain daripada jus epal biasa.
Menariknya lagi, kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengendalian majlis seperti perkahwinan, sambutan harijadi dan sebagainya. Buat anda yang inginkan majlis perkahwinan yang berkonsepkan **hipster, moden** atau **taman** mungkin kafe ini pilihan yang tepat. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/n9stickfactory/timeline) dan [Instagram](https://www.instagram.com/n9stickfactory/) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal
**Alamat:** No 99, 2, Persiaran S2 B1, Seremban, Malaysia
**Waktu Operasi:** 6 petang – 12 malam (setiap hari)
**No. Telefon:** +6016-334 4149 | +6012-333 5163
Image via N9 Stick Factory/Facebook
Image via N9 Stick Factory/Facebook
Image via N9 Stick Factory/Facebook
Image via N9 Stick Factory/Facebook
Image via Instagram @n9stickfactory
Image via N9 Stick Factory/Facebook
2. Cloudland
Menjamu selera di **Cloudland** pasti memberi kelainan kepada anda semua. Di sini, pelanggan bukan sahaja dihidangkan makanan yang menarik malah halwa telinga turut dihidangkan dengan alunan muzik yang ***awesome.*** Ini kerana, kafe ini turut mempunyai **DJ** dan **pemuzik** yang menghiburkan anda ketika anda sedang berbual bersama teman-teman. Memang *cool* habis!
**Cloudland** menyediakan makanan yang berasaskan western dan menghidangkan minuman istimewa yang diberi nama **Xoda**. Ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna dan rasa. Rekaan dalamannya pula sangat **minimalis** dan ***trendy***. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/Cloudland-889098647876289/photos_stream) dan [Instagram](https://www.instagram.com/cloudland.inc/) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal
**Alamat:** 528-1, Jalan Bandar Senawang 18, Seremban.
**Waktu Operasi:** 3 petang – 12 malam (setiap hari)
**No. Telefon:** +6019-358 5882
Image via Cloudland/Facebook
Image via Cloudland/Facebook
Image via Cloudland/Facebook
Image via Instagram @cloudland.inc
Image via Instagram @cloudland.inc
Image via Instagram @puansrilind4
3. Cafe Lavinda
Tidak hanya menyediakan makanan *western*, **Cafe Lavinda** juga menyediakan makanan-makanan yang bercirikan asia. Anda boleh dapatkan apa saja di sini termasuklah **ayam golek, kek, makaroni, nasi goreng, chicken chop** dan menu paling istimewa iaitu **Spanish meatball.**
Selain meatball, **ayam panggang peri-peri** dan **percik** juga pasti membuat anda tersenyum ketika menjamahnya. Ia dihidangkan dalam keadaan masih panas berserta kuah sos yang pasti membangkitkan nafsu makan anda. Jika anda peminat kopi, pastikan anda cuba kopi di sini! Layari [Facebook](https://www.facebook.com/lavindacafe/timeline) dan [Instagram](https://www.instagram.com/cafelavinda/) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal**
Alamat:** No. 536, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang
**Waktu Operasi:** 11 pagi – 11 malam ( cuti pada Khamis)
**No. Telefon:** +6013-622 6293
Image via Cafe Lavinda/Facebook
Image via Cafe Lavinda/Facebook
Image via Cafe Lavinda/Facebook
Image via Cafe Lavinda/Facebook
Image via Cafe Lavinda/Facebook
Image via Cafe Lavinda/Facebook
4. Big Mouth Cafe
Bagi mereka yang tinggal berdekatan Senawang pula, jangan lepaskan peluang untuk mencuba **[Big Mouth Cafe](http://bigmouth.com.my/#)** paling kurang pun sekali. Hidangan istimewa yang terkenal di sini ialah **Big Apple Beef Burger** yang dihidangkan bersama keju cheddar dan ***Charcoal Bun.*** Memang lain sekali!
Bukan itu sahaja, kafe ini turut menyediakan makanan *western* yang lain dan juga kopi yang sangat segar diminum. Tidak lupa juga sup cendawan yang sangat sedap dan berkrim ketika dihidangkan masih panas.
Layari [Facebook](https://www.facebook.com/bigmouthcafesenawang/timeline) dan [Instagram](https://www.instagram.com/bigmouthcafesenawang/) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal
**Alamat:** No 10,Jalan Cattleya 2,Persada Cattleya,70450 Senawang, Seremban.
**Waktu Operasi:** 12 tengahari – 11.30 malam (Isnin-Khamis)
12 tengahari – 12 malam (Jumaat)
11 pagi – 11 malam (Ahad)
**No. Telefon:** +6019-628 7707
Image via Big Mouth Cafe Senawang/Facebook
Image via Big Mouth Cafe Senawang/Facebook
Image via Big Mouth Cafe Senawang/Facebook
Image via Big Mouth Cafe Senawang/Facebook
Image via Big Mouth Cafe Senawang/Facebook
Image via bigmouth.com.my
5. Coffee and Dreams S2
Untuk semua penggemar kopi, **Coffee and Dreams S2** mungkin menjadi *port* untuk anda bersantai bersama rakan dan keluarga ketika waktu lapang. Kafe ini terletak di **Uptown Avenue, Seremban 2** dan menjadi tumpuan orang ramai kerana kesedapan rasa kopinya yang autentik. Rekaan dalaman dan susun atur perabot kafe ini sangat kemas dan cantik yang mana pasti memberi *mood* santai dan ceria kepada pelanggan yang datang. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/CoffeeAndDreamsS2/timeline) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal
**Alamat:** 119, Jalan S2 B14, Uptown Avenue,70300 Seremban.
**Waktu Operasi:** 8.30 pagi – 11 malam (setiap hari)
**No. Telefon:** 06-601 3855
Image via Coffee and Dreams S2/Facebook
Image via Coffee and Dreams S2/Facebook
Image via Coffee and Dreams S2/Facebook
Image via Coffee and Dreams S2/Facebook
6. The Coffeeholic
Satu lagi cafe yang menjanjikan rasa ramuan kopi yang sebenar iaitu **The Coffeeholic** yang terletak di Seremban 2. Kafe ini bukan sahaja mempunyai kopi yang sedap malah turut menyediakan minuman coklat, teh, sandwich dan manisan-manisan pastri yang lain. **The Coffeeholic** juga menyediakan pakej sarapan pagi yang cukup sihat dan berlainan. Seperti kafe-kafe yang lain juga, kafe ini mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan tersendiri. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/thecoffeeholiccompany/timeline) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal
**Alamat:** No.250, Jalan S2 B12, Seksyen B, Seremban 2, 70300 Seremban.
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 11 malam (setiap hari)
**No. Telefon:** +6012-272 6011
Image via The Coffeeholic/Facebook
Image via The Coffeeholic/Facebook
Image via The Coffeeholic/Facebook
Image via The Coffeeholic/Facebook
Image via The Coffeeholic/Facebook
7. Bros. Korean Dessert Cafe
Kafe **Bros. Korean Dessert Cafe** mengetengahkan konsep minimalis dengan hiasan desa jauh dari hiruk pikuk bandar. Kafe ini juga mengetengahkan makanan autentik korea. Antara yang menarik ialah **Strawberry Bingsoo, Nokcha Bingsoo, Coffee Bingsoo, Misu-Organic Bingsoo** dan **Ice Latte.** Layari [Facebook](https://www.facebook.com/cafebros/timeline) untuk maklumat lanjut.
**Status:** Halal
**Alamat:** Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban
**Waktu Operasi:**
12 tengahari – 12 malam (Isnin – Sabtu)
11 pagi – 11 malam (Ahad)
**No. Telefon:** +606-6010666
Image via Bros. Cafe/Facebook
Image via Bros. Cafe/Facebook
Image via Bros. Cafe/Facebook
Image via Bros. Cafe/Facebook
Image via Bros. Cafe/Facebook

