makan

Kilang Tersorok Di PJ Ini Transform Jadi Kafe Muslim-Friendly Tercantik Sekali. Amazing!

Terbeliak mata, kreatif dan inovatif betul...

Cover image via @ al_garaj (Instagram) & @beanbrothers.my (Instagram)

Siapa sangka kilang tersorok dan kelihatan tidak berpenghuni di kawasan industri ini sebenarnya kafe!

Kafe yang berkonsepkan industrial chic-style ini membuatkan kafe ini terserlah dengan keunikan tersendiri. Suasana pun tenang dan nyaman!

Sangat instagrammable dan insta-worthy kan? Sediakan kamera anda!

Walaupun kafe ini merupakan sebuah kilang industri dan  nampak macam tersorok, umph jangan risau. Tetap insta-worthy dan instagrammable!

Antara menu western food sedap yang patut try

Beefing Up burger- dihidangkan bersama daging bersama kerepek kentang.

Pasta Goreng- dihidangkan bersama udang harimau, telur itik, sos istimewa, spageti dan pea sprout.

Teriyaki Salmon- dihidangkan bersama salmon, telur separuh masak, green peas, serbuk cendawan, rempah dukkah, spaghettini dan sos teriyaki.

dan banyak lagi makanan-makanan yang sedap...

Jangan lupa pesan air anda! Kafe ini port anda yang gemarkan coffee untuk lepak lepak minum bersama kawan-kawan..

Penggemar art latte, wajib pesan! Confirm puas dengan kecantikannya.

Jom pergi hujung minggu! Aip, jangan lupa pakai mask dan jaga jarak fizikal.

Alamat:
Jalan PJU 3/50,
Sunway Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi:
8.30am- 8.00pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Kafe lain yang instagrammable?

Tak nak kafe, nak piknik?

You may be interested in: