makan

Lebih 13K 'Retweets', Ini 13 Kafe Estetik Di Klang Valley. Confirm Tak Pernah Dengar!

Kopi 5 negeri di kafe nombor 7 ini sangat kaw dan sedap. Tak cukup satu cawan.

Cover image via @nurshafiqahmn (Twitter)

Kita nak makan mana ni? Haih pening la fikir mana nak makan....

Image via GIPHY

Nak fikir tempat makan pun satu jam dah, lapar tak tahan! 

Nah, ikuti bebenang perkongsian pemilik akaun Twitter @nurshafiqahmn tentang kafe sekitar KL dan Selangor. 

Bebenang ini meraih sebanyak 9K 'retweets' di Twitter.

1. Lisette's Cafe and Bakery, Bangsar

Paling menarik kafe ini menawarkan high tea set pada pukul 2.30pm hingga 5.00pm yang ada cute mini cakes, scones, sandwiches, samosas dan banyak pilihan minuman kopi atau teh untuk anda. Perfect for 2!

Alamat:
No. 8, Jalan Kemuja,
Bangsar,
59000, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
8am-10pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

2. Merchant's Lane, Petaling Street

Tengok menu pun dah tau betapa uniknya nama makanan di kafe ini. Nak tau tak? Main course yang spesial ialah spageti rendang ayam. Kafe yang menerapkan konsep rotan ini membuatkan kafe ini sangat unik daripada kafe-kafe lain. 

Alamat:
150, Jalan Petaling,
City Centre,
50000, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.30am-10.30pm (Isnin-Jumaat)
9.30am-10.00pm (Sabtu-Ahad)
Tutup setiap hari Rabu.

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

3. Naj & Belle, Bangsar

Surprisingly, kafe ini merupakan kafe pertama yang menjual kek tembikai. Jangan lupa grab cepat cepat and try tau. The perfect mood booster for you! 

Alamat:
Jalan Tandok,
Bangsar,
59100, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 
10am-9pm (Isnin-Khamis)
10am-10pm (Jumaat-Ahad) 

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

4. Yellow Brick Road, Bukit Damansara

Salted egg spaghetti yang cukup savoury ini dihidangkan dengan crispy soft-shell crab. Tak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan mixed berry lemonade... Haa itu dia makanan terpopular di kafe ini. Padu!


Alamat:
Plaza Batai,
8-7, Jalan Batai, Bukit Damansara,
50490, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 
9am-10pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

5. Tapestry, Chow Kit

Selain menghidangkan roti yang delicious, kafe ini juga terkenal dengan jem almond butter, jem pumpkin kaya, jem tomato dan jem spiced pandan orange marmalade. Kesemuanya ini homemade tau! Kafe yang cukup estetik dengan berkonsepkan nature ini sangat perfect untuk anda OOTD. 

Alamat:
8, Jalan Kamunting,
Chow Kit,
50300, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
8am-4pm (Isnin-Friday)
8am-5.30pm (Sabtu-Ahad)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

6. Tujoh Cafe, PJ

Konsep old-school dengan sisipan alam semula jadi seperti pokok-pokok yang diterapkan membuatkan kafe ini mempunyai unik yang tersendiri. Kalau anda rindu tv lama, bolehlah singgah ke sini! 

Alamat:
617, Jalan 17/10,
Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi: 
11am-11pm (Isnin-Khamis)
11am-11.30pm (Jumaat-Sabtu)
11am-10pm (Ahad)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

7. Luckin Kopi, Pasar Seni

Nak pergi kafe tapi nak makan makanan lokal? Ha, luckin kopi is the one! Try nasi lemak di kafe ini, jangan terkejut kalau waiter hantar dengan stove sekali... Enjoy.

Alamat:
14, Jalan Panggong,
City Centre,
50000, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
8am-6pm (Isnin-Jumaat)
8am-8pm (Sabtu-Ahad)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

8. Daun, MAHSA Universiti

Inginkan desserts? Datang ke sini untuk try semua jenis kek yang ada. Semuanya sangat sedap, bukan itu sahaja, cantik pula tu. Haa, chicken lasagna yang dibawakan kafe ini pun lazat tak terhingga. 

Alamat:
MAHSA Avenue, Block B,
Level 2, Jalan ilmu,
Jalan Universiti,
59100, Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi: 
10am-6pm (Selasa-Ahad)
Tutup setiap hari Isnin.

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

9. Therefore, PJ

Hantu pasta, sila lah pergi kafe ini. Selain dapat bergambar seperti model majalah remaja, anda juga boleh nikmati pelbagai jenis pasta yang sedap sedap belaka. Kafe cute pink ini menanti anda untuk berposing seperti model! 

Alamat:
Lot 02-G, Menara Symphony,
No. 5, Jalan Professor Khoo Khay Khim,
Seksyen 13,
46200,Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi: 
11am-6pm (Ahad-Khamis)
11am-9pm (Jumaat-Sabtu)
Tutup setiap hari Isnin. 

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook.

10. Shaun Teo Creations, Ara Damansara

Haa, kepada sesiapa yang terlebih rajin atau nak mencuba sesuatu yang baru? Mari sini, datang ke kafe yang penuh estetik dan instagrammable ini. Paling menarik, anda boleh mencuba buat waffle sendiri tau! 

Alamat:
A01-17 (Eve suite) Jalan PJU 1a/41,
Ara Damansara,
47301, Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi: 
11am-7pm (Setiap hari) 
Tutup setiap hari Selasa.

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

11. If Only, KL

Booost immunity anda dengan super smoothie bowl yang penuh berkhasiat ini. Confirm seminggu bertenaga dan cergas. Makanan yang dihidangkan semua cantik dan of course tempat pun sangat sesuai untuk anda yang sukakan bergambar. 

Alamat:
Ground floor, Regal House, 1,
Jalan U Thant, Taman U Thant,
55000 ,Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9am-5pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.

12. World of Phalaenopsis, Ulu Yam

Who knew taman bunga sebelah tasik ini mempunyai kafe yang menghidangkan makanan yang lazat! Unik kan? Anda dapat menikmati pemandangan sambil makan. Nak makan apa? Paling popular yang ditawarkan ialah chicken chop satay dan kuah kacang. Emm, sedapnya, sangat inovatif! 

Alamat:
1017, Jalan Batang Kali - Hulu Yam Bharu,
Kampung Sungai Kamin,
44300, Batang Kali,
Selangor.

Waktu Operasi:
9am-5pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook.

13. Pokok KL, MAHSA Universiti

Tempat yang insta-worthy ni tentu menarik perhatian Instagrammers. Mana taknya, surrounding dan environment dah sememangnya cantik. Sesuai dengan nama kafe ini, pokok! Jangan lupa sediakan kamera anda. 

Alamat:
MAHSA Avenue, Block B,
Jalan Elmu, off, Jalan Universiti,
59100, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 
10am-8pm (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di Facebook.

Seronok kan? Tak sabar nak serbu. Tempat yang penuh estetik dan insta-worthy ini confirm buat anda rasa nak pergi sekarang juga!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram

Image via Seismik Makan

Nak lagi list kafe yang lain?

You may be interested in: