makan

Jom Try 13 Jenis Kopi Dari Seluruh Negeri Malaysia Di Kafe Cantik Melaka Ini

Let's find out kopi negeri mana yang korang suka!

Cover image via ourlittlehop (Instagram) & critzspoteats (Instagram)

Coffee lovers, assemble!

Kepada peminat-peminat kopi di luar sana? Jom coffee-hunt

Calathe Art Cafe di Melaka ini menawarkan kopi daripada 13 negeri. Setiap kopi yang disajikan mempunyai rasa enak dan unik yang tersendiri. 

Kafe yang berkonsepkan nature dan antik juga menghidangkan pelbagai menu lazat! 

Hantu kopi sekalian, pening nak pilih kopi negeri mana?

Emm, macam sama je semua? Baca ni untuk ketahui kelainan dan keunikan setiap kopi.  

Johor :
Biji kopi Liberica yang dipanggang tanpa gula.

Kedah: Biji kopi Robusta yang dipanggang sederhana.

Kelantan: Biji kopi Robusta tradisional yang menggunakan kayu.

Melaka: Mengandungi 70% biji kopi, 30% gula, garam dan marjerin.

Negeri Sembilan: Menggunakan biji kopi Liberica dan Robusta yang terbaik dengan teknik panggangan tradisional.

Pahang: Menggunakan 100% biji kopi Robusta daripada Indonesia dengan teknik house roasting.

Penang: Biji kopi Robusta hitam.

Perak: White coffee moden dengan resepi special.

Perlis: Gabungan 5 herba untuk memberi kekuatan dan kesegaran.

Sabah: Mengandungi 76% biji kopi, 24% marjerin, garam dan gula.

Sarawak: Mengandungi 50% biji kopi Robusta, 50% gula, marjerin dan gandum.

Selangor: Mengadungi 100% biji kopi Arabica, campur dengan marjerin dan gula dengan menggunakan teknik panggangan tradisional.

Terengganu: Mengandungi 30% biji kopi Arabica dan 70% kopi lokal dengan teknik panggangan tradisional.

Banyak kan menu kopi, haaa pening nak pilih mana kan?

Kopi pelbagai variasi ini dihidangkan panas dan sejuk. Ayuh ngopi dulu!

Jom check out signature menu kafe ini

Nasi coffee butter chicken ini unik, dengan kuah yang berperisa kopi. Emm, penggemar kopi, go

Kepada yang tak minat kopi, kafe ini juga menghidangkan nasi creamy curry butter chicken untuk anda. 

Ok yang ini wajib cuba. Rasa kuah yang creamy dan pedas-pedas, Calanthe curry laksa! 

Eh, kejap..i hear you. Kafe ini juga instagrammable!

Cantik kan? Tunggu apa lagi, jom ajak kawan-kawan and coffee hunting!

Alamat:
11, Jalan Hang Kasturi,
75200, Bandar Melaka, 
Melaka, Malaysia.

Waktu Operasi:
9am-10pm (Setiap hari)

Facebook I Instagram 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out kafe-kafe lain: