makan

Keunikan Kafe Tepi Laut Ini Memukau Orang Ramai. Sambil Makan Sambil Menikmati Angin Laut!

Deruan ombak memukul pantai, angin sepoi-sepoi~

Cover image via @yardnco (Instagram) & @joeycypphotography (Instagram)

Siapa sangka wujudnya kafe tepi laut yang estetik di Pengerang? Emm, Pengerang? Mana tu?

Pengerang merupakan mukim di daerah Kota Tinggi, Johor. Kawasan ini memang terkenal dengan projek RAPID (Oil & Gas) yang sedang membangun. Tapi...pasti ramai tak tahu tentang hidden gem di Pengerang ini. 

Kafe estetik ini terletak di Kampung Sungai Rengit, lebih kurang satu jam dari Johor Bahru. Best lepak di kafe yang cantik sambil menikmati pemandangan laut yang luas. Boleh tengok sunset lagi!

Kafe yang sangat cosy ini berkonsepkan alam semula jadi yang penuh dengan pokok menghijau. Kesemua perabot yang digunakan seperti meja dan kerusi diperbuat daripada rotan.

Ahhh, tengok gambar je pun dah rasa cantik dan tenang. Sangat insta-worthy dan instagrammable! Jangan lupa sediakan kamera anda. 

Perjalanan selama satu setengah jam akan terasa berbaloi sebab makanan yang dihidangkan sangat delicious! Foodies, you won't regret it...

Makanan di kafe ini sumpah best! Variety and semuanya sedap. Ada english-style brunch set, western food, korean food and some local foods. 

Peminat yoghurt anyone? Kafe ini hidangkan yoghurt bowl yang rasanya sangat fresh dengan buah-buahan, coconut flakes dan granola. So healthy!

Main course yang mempunyai banyak pilihan. Noodles, rice bowl, and western food. Rambang mata! 

Ota-ota bao yang disisipkan dengan otak-otak, sambal, timun, telur dalam lotus bun memang sedap. Dihidangkan dengan kentang goreng, lagilah fuh chef's kiss!

Signature! Laksa pasta yang dihidangkan dengan udang yang super duper segar. Rasa creamy dan pedas, emm i really want more... Nikmat apa yang kau dustakan?

Dessert time, happy time!

Pancake stack dihidangkan dengan strawberi, blueberries, maple syrup dan whipped cream on top, tabur dengan sedikit Biscoff. Sungguh menggamit selera!

Raise your hand up for Japanese mochi! Bayangkan masukkan mochi dalam mulut, urghh so kenyal and lembut. It's too perfect. Sajian yang menakjubkan ini dihidangkan bersama kacang dan biji sesame. 

Paling popular, burnt cheesecake yang mempunyai cara hidangan yang unik. Dihidangkan bersama boba, you've already won my heart!

Ajak kawan-kawan chill di sini hujung minggu ni!

In case sesiapa nak berjalan makan angin, take few pictures selepas makan...

Boleh singgah menikmati angin pantai di Teluk Ramunia!

Disebabkan Teluk Ramunia ini terletak di pantai timur Malaysia, pastikan anda pergi pada masa yang sesuai. Elakkan pergi pada musim hujan, iaitu pada bulan November hingga Februari. Yang menarik, banyak aktiviti tau boleh dilakukan di sini, boleh piknik dan bermandi-manda.

Nak pergi ke tempat rare? Datang ke abandoned jetty ini!

Alamat:
Yard & Co, 4785, 1, 
Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 
81600 Pengerang, 
Johor.

Waktu operasi:
12pm – 9pm (Setiap hari)
Tutup setiap Isnin.

Facebook I Instagram

Tunggu apa lagi? Jom jalan-jalan sambil makan!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Save ini untuk kafe-hunting lepas ni:

You may be interested in: