makan
Lebih 129K 'Shares', Ini Cara Masak Tauhu Ayam Viral Guna 7 Bahan Sahaja. Senang & Sedap!
Jom ikuti resepi unik ini!
Cover image via
Nick Ryzal (Facebook)
Nak hidangkan lauk paling senang tapi sedap? Jom sediakan tauhu ayam. Simple, jimat masa dan sedap tau!
Image via selera puteri
Boleh dijadikan lauk untuk lunch dan dinner. Confirm anak-anak pun suka, rangup di luar dan lembut isi ayam di dalam. Tunggu apa lagi? Jom sediakan lauk simple ini!
Bahan yang diperlukan:
- Dada ayam
- Tofu telur
- Tauhu dadu
- Telur
- Bawang besar
- Pati ayam
- Daun sup
Image via Nick Ryzal (Facebook)
Cara memasak:
1. Masukkan ayam, tofu telur, tauhu dadu dan telur ke dalam blender dan blendkan.
Image via Nick Ryzal (Facebook)
2. Masukkan daun sup , pati ayam , garam dan lada putih secukup rasa. Gaul sebati.
Image via Nick Ryzal (Facebook)
3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukuskan selama 5 minit. Kemudian, keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik.
Image via Nick Ryzal (Facebook)
4. Pukul telur. Celup dan salutkan dengan telur, kemudian goreng dengan menggunakan api sederhana.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan