Lebih 2k 'Shares', Chef Cilik Ini Kongsi Resepi 'Sloppy Joe Casserole' Mudah. Lazatnya!
Jom hasilkan resepi oleh chef cilik Danish Harraz ini. Simple sangat!
Sloppy Joe merupakan sejenis sandwic popular yang digemari ramai kerana ia mempunyai kuah daging yang dimasak dengan sos tomato. Memang sedap!
Tetapi jika anda mahu menghidangkan Sloppy Joe sebagai hidangan yang lebih mengenyangkan, anda wajib sekali menghasilkan resepi Sloppy Joe Casserole ini.
Resepi ini sememangnya lazat kerana dipenuhi dengan kuah daging tomato dan lelehan keju mozarela. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan-bahan utama yang anda mungkin sudah ada di dapur. Jom cuba? :D
Untuk resepi Sloppy Joe yang simple, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Facebook yang telah mendapat sebanyak 2.9k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- Roti putih secukupnya
- Mentega atau marjerin (untuk disapu pada roti)
- 250 gram daging kisar
- ½ biji bawang kuning (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- ¾ cawan sos tomato
- 1 sudu kecil mustard
- 2 sudu kecil gula perang
- ½ - 1 sudu kecil serbuk cili atau serbuk cayenne (ikut cita rasa anda)
- ½ sudu kecil daun parsli
- Garam halus (secukup rasa)
- 1 ½ - 2 cawan parutan keju mozarela
- 2 sudu besar minyak zaitun
Jom ikuti cara membuatnya pula:
- Dalam kuali, panaskan minyak zaitun.
- Tumiskan daging kisar sehingga kering dan warna sudah bertukar menjadi gelap.
- Seterusnya, masukkan bawang kuning dan bawang putih. Tumiskan sehingga layu.
- Masukkan sos tomato dan mustard. Gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan gula perang, serbuk cili, daun parsli, serbuk cayenne dan garam halus.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160°C selama 25 hingga 30 minit.
- Sapukan mentega pada roti. Pastikan roti dipotong kemas bergantung kepada saiz loyang anda.
- Susunkan roti yang disapu mentega di lapisan paling bawah sekali.
- Letakkan kuah daging di atas roti dan ratakan.
- Taburkan keju mozarela. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah keju cheddar .
- Lapiskan keju dengan roti yang disapu mentega.
- Akhir sekali, masukkan casserole ke dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 25 minit atau sehingga warna roti sudah bertukar menjadi perang keemasan dan garing.
Apabila Sloppy Joe Casserole sudah siap, inilah hasilnya. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Memang puas hati!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!