Nak Buat Dessert Untuk Buka Puasa? Ini Cara Buat 'Buko Rose' Senang & Sedap!
Kalau makan sejuk-sejuk, memang nikmat.
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menyediakan pencuci mulut semasa berbuka puasa
Selain makan main course, kita juga boleh membuka selera dengan buah-buahan atau manisan. Tapi sudah tentu, kita nak jalan pintas untuk buat dessert kan?
Jom kita buat Buko Rose, senang je!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan-bahan untuk Jeli Ros:
- 300g Kordial Ros F&N
- 10g Serbuk agar-agar
- 700ml Air
Bahan-bahan untuk Campuran Susu:
- 600g Krim
- 200g Krimer Sejat F&N
- 160g Krimer Manis Bervitamin F&N
- 160g Kordial Ros F&N
- 250g Nata de Coco
- 250g Isi kelapa
Cara-cara penyediaan:
1. Untuk membuat jeli ros, masukkan bahan dalam periuk. Didih sehingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya.
2. Tuangkan adunan jeli ke dalam dulang persegi, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk keras.
3. Potong agar-agar menjadi kiub, campurkan dengan bahan campuran susu dalam jag.
4. Kacau rata, sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!