makan

Pulut Popia, Cucur Badak & 6 Lagi Jenis Kuih Berlauk Yang Mudah Anda Boleh Buat Di Rumah

Ini khas untuk korang yang lebih sukakan kuih yang jenis savoury daripada kuih yang manis! :D

Cover image via My Resipi | My Resipi

1. Kuih Bingka Kentang

Kuih Bingka Kentang

Image via My Resipi

Pelbagai jenis kuih bingka anda boleh nikmati, manis dan juga berlauk. Anda pernah cuba Kuih Bingka Kentang? Kuih savoury lazat ini diperbuat daripada santan, tepung, telur, ubi kentang, gula dan bijan.

Teksturnya yang lembut dan rasa yang berlemak, masin dan manis ini confirm anda akan suka. Kuih ini juga enak dinikmati bersama tomato yang sudah dicincang.

Dapatkan resipi penuh Kuih Bingka Kentang di sini.

2. Cucur Badak

Cucur Badak

Image via My Resipi

Kuih Cucur Badak klasik ini sangat menyelerakan dan mudah untuk dibuat. Menggunakan doh yang diperbuat daripada keledek putih dan tepung gandum, kuih ini diisi dengan inti sambal udang kelapa parut dan digoreng hingga keemasan. Makan kuih Cucur Badak time panas-panas memang terangkat!

Dapatkan resipi penuh Cucur Badak di sini.

3. Kuih Bakar Berlauk

Kuih Bakar Berlauk

Image via My Resipi

Untuk yang gemarkan Kuih Cara Berlauk, resipi ini lebih ringkas untuk dibuat daripada resipi tradisional. Menggunakan bahan seperti daging kisar, ubi kentang, tepung gandum, susu cair, cili merah dan serbuk kari daging dan kemudiannya dibakar. Jangan lupa untuk taburkan daun sup untuk menyempurnakan hidangan ini!

Dapatkan resipi penuh Kuih Bakar Berlauk di sini.

4. Popia Inti Kentang

Popia Inti Kentang

Image via My Resipi

Sukakan hidangan popia? Antara hidangan popia yang easy to make ialah Popia Inti Kentang. Inti yang cukup simple dan juga flavourful iaitu menggunakan ubi kentang, udang, cili merah, cili hijau dan lobak merah, kemudian dibalut dengan kulit popia dan digoreng. Popia yang panas-panas dicicah pula dengan sos cili, memang padu!

Dapatkan resipi penuh Popia Inti Kentang di sini.

5. Pulut Sambal Bilis

Pulut Sambal Bilis

Image via My Resipi

Hidangan ini sama seperti pulut inti, tetapi versi berlauk. Kombinasi pulut yang berlemak dan dicampur dengan kelapa parut ini sangat enak dimakan dengan sambal ikan bilis yang pedas dan manis. Hidangkan Pulut Sambal Bilis untuk breakfast pun sedap jugak!

Dapatkan resipi penuh Pulut Sambal Bilis di sini.

6. Pulut Udang

Pulut Udang

Image via My Resipi

Untuk yang gilakan pulut, resipi ini khas untuk anda. Kuih ini mengandungi pulut yang berinti udang, kemudian dipanggang untuk mendapatkan smoky flavour. Yang membuat hidangan kuih ini sedap ialah rasa pulutnya sangat berlemak dan berinti udang yang ditumis dengan sambal dan kelapa parut yang rasa masin dan sedikit manis. 

Dapatkan resipi penuh Pulut Udang di sini.

7. Cucur Labu

Image via My Resipi

Resipi ini anda hanya perlu gaulkan semua bahan di dalam adunan tepung, kemudian goreng hingga keemasan. Teksturnya sangat gebu! Hidangan yang cukup simple dan lazat ini pasti akan disukai keluarga anda. Bolehlah hidangkan Kuih Labu sedap ini waktu minum petang.

Dapatkan resipi penuh Cucur Labu di sini.

8. Popia Pulut

Popia Pulut

Image via My Resipi

Inginkan idea baru dan juga unik yang menggunakan kulit popia? Resipi Popia Pulut ini boleh anda cuba. Pulut yang berlemak ini dibalut bersama kult popia dan juga berinti serunding yang manis. Hanya 5 bahan sahaja diperlukan untuk membuat kuih ini!

Dapatkan resipi penuh Popia Pulut di sini.

Dapatkan banyak lagi resipi-resipi lauk menarik dan ringkas di bawah: