9 Resepi Telur Ringkas Ini Mampu Menyempurnakan Juadah Makan Malam Anda. Sedapnya!
Ianya juga senang untuk dibuat dan boleh menjimatkan.
Cover image via MyResipi1. Resepi Kerabu Telur Dadar Hiris
Dah bosan dengan telur dadar biasa? Bolehlah cuba kerabu ini yang menggunakan telur dadar yang dihiris dan digaul dengan bahan-bahan seperti bunga kantan, cili merah, bawang besar dan banyak lagi bahan segar yang membuatkan hidangan ini lebih menyelerakan.
Image via MyResipi
2. Resepi Telur Dadar Udang
Image via MyResipi
3. Resepi Tauhu Telur Masak Kicap
Image via MyResipi
4. Resepi Pajeri Telur
Hidangan pajeri adalah hidangan klasik Melayu yang memang sedap dimakan, tapi memang jarang dijumpai sekarang. Anda boleh membuat pajeri telur yang cukup sedap di rumah dengan menggunakan resipi ringkas ini.
Dapatkan resipi penuh Pajeri Telur di sini.
Image via MyResipi
5. Resepi Acar Telur Rebus
Acar telur ini sangat mudah dan murah untuk dibuat dan juga sangat sedap untuk dinikmati bersama nasi minyak ataupun nasi putih panas. Menu ini juga sesuai dihidangkan untuk tetamu pada hari acara istimewa.
Dapatkan resipi penuh Acar Telur Rebus di sini.
Image via MyResipi
6. Resepi Asam Pedas Telur
Kalau anda suka masakan asam pedas, anda haruslah cuba resipi ini yang menggunakkan telur rebus sebagai protein utamanya. Dengan menggunakan bahan wangi-wangian segar seperti bawang merah, bawang putih, daun kesum, anda akan mendapat sup asam pedas yang cukup flavourful.
Dapatkan resipi penuh Asam Pedas Telur di sini.
Image via MyResipi
7. Resepi Kerabu Telur Masin
Resipi kerabu ini memang lain daripada yang lain kerana menggunakan telur masin yang dapat memberikannya rasa yang sedikit masin dan cukup unik. Tambahan lagi dengan bahan-bahan segar seperti daun ketumbar, cili api, serai, dan limau kasturi, kerabu ini pasti dapat memikat selera sesiapa saja.
Dapatkan resipi penuh Kerabu Telur Masin di sini.
Image via MyResipi
8. Resepi Dalca Telur
Dalca Telur ini sememangnya sedap untuk dimakan dengan pelbagai hidangan seperti nasi putih, roti paratha, atau roti putih. Dengan penggunaan bahan-bahan seperti daun kari, rempah kari cili kering dan halba campuran membuatkan hidangan ini cukup enak. Tambahan lagi dengan penggunaan santan, memanglah anda mendapatkan kuah yang cukup berlemak!
Dapatkan resipi penuh Dalca Telur di sini.
Image via MyResipi
