seismik

Ikan Masak Kimchi & 9 Lagi Resipi 'Spicy' Khas Untuk Peminat Makan Pedas

Lagi pedas, lagi syok!

Cover image via My Resipi

Tak complete rasanya kalau makan tak ada cili?

Image via Tenor

Kalau begitu, koleksi resipi minggu ini khas untuk anda! Dapatkan idea-idea masakan pedas yang awesome di sini:

1. Bubur Pedas

Image via My Resipi

Berikan sedikit sentuhan spicy kepada bubur anda dengan resipi mudah ini. Makan time hujan, memang layan!

Dapatkan resipi penuh Bubur Pedas di sini.

2. Tilapia Sambal Hijau

Image via My Resipi

Tilapia goreng rangup ini dijadikan lebih awesome dengan tambahan sambal hijau. Makan dengan nasi putih saja pun dah cukup sedap!

Dapatkan resipi penuh Tilapia Sambal Hijau di sini.

3. Terung Goreng Sambal

Image via My Resipi

Resipi klasik ini memang wajib dicuba oleh peminat makan pedas. Untuk sedikit kelainan, anda boleh juga tambahkan tauhu dan tempe goreng untuk dinikmati dengan sambal ini.

Dapatkan resipi penuh Terung Goreng Sambal di sini.

4. Ayam Taucu Pedas

Image via My Resipi

Sekali dah cuba lauk masin pedas ini, pasti nak lagi! Perisanya yang unik dan langkah-langkah memasaknya yang mudah akan membuatkan anda ingin mencuba resipi ini berkali-kali.

Dapatkan resipi penuh Ayam Taucu Pedas di sini.

5. Ikan Kembung Masak Kimchi

Image via imgur.com

Gabungan masakan Melayu dan Korea ini memberikan sedikit kelainan kepada lauk ikan masak pedas ini. Nak extra spicy? Tambahkan sedikit cili padi!

Dapatkan resipi penuh Ikan Kembung Masak Kimchi di sini.

6. Laksa Sambal Sotong

Image via My Resipi

Walaupun kedengaran pelik, resipi laksa yang dimakan bersama sambal sotong ini mempunyai rasa yang cukup unik dan wajib dicuba at least sekali!

Dapatkan resipi penuh Laksa Sambal Sotong di sini.

7. Kacang Kuda Goreng Pedas

Image via My Resipi

Kacang kuda yang digoreng bersama gabungan cili merah dan cili padi ini tersangat addictive. Memang sedap dibuat kudapan tengok TV!

Dapatkan resipi penuh Kacang Kuda Goreng Pedas di sini.

8. Sambal Hati Ayam

Image via My Resipi

Sukakan hati ayam? Cuba resipi lauk sambal yang mudah dan cukup sedap ini!

Dapatkan resipi penuh Sambal Hati Ayam di sini.

9. Asam Pedas Kambing

Image via My Resipi

Anda pasti akan minat perisa masam-masam pedas lauk ini, ditambah pula dengan rasa lemak daripada daging kambing. Serious sedap!

Dapatkan resipi penuh Asam Pedas Kambing di sini.

10. Pulut Sambal Ikan Bilis

Image via My Resipi

Hidangan simple ini menggabungkan pulut ditabur kelapa parut dengan sambal ikan bilis, dan sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Dapatkan resipi penuh Pulut Sambal Ikan Bilis di sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini:

Nak jimatkan kos barang dapur dan masa memasak? Cuba tips ini:

Leave a comment