KODAK Charmera Millennium Edition Tiba Di Malaysia, Ini Senarai Lokasi Boleh Dapatkannya
Jangan terlepas lagi sebelum sold out!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Masih ingat kamera digital kecil KODAK Charmera yang tular dan habis dijual dalam masa 24 jam?
Peranti yang juga boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan ini kini kembali dengan gaya era tahun 2000-an (Y2K) serba baharu!
Kamera digital mini ini hadir dalam 'Millennium Edition', menampilkan reka bentuk retro berkilat dengan kemasan krom yang tampak seperti terus dibawa keluar dari tahun 2003.


Sebuah aksesori kecil sesuai untuk sesiapa sahaja yang menggemari pesona fotografi digital gaya lama, tanpa perlu membawa kamera bersaiz besar ke mana-mana
Salah satu keistimewaan memilikinya terletak pada format 'kotak misteri' (blind box), di mana anda akan mendapat satu daripada tujuh pilihan warna ala vintaj apabila membukanya.
Di sebalik cangkerang luarnya yang berkilat, kamera ini dilengkapi sensor CMOS 1.6MP serta lensa 35mm f/2.4, yang mampu merakam imej pada resolusi 1440 x 1080.


Untuk menyerlahkan lagi gaya estetik anda, peranti ini dilengkapi dengan tujuh filter warna tersedia seperti tona sejuk dan gaya hitam-putih klasik serta empat bingkai foto retro yang meniru paparan kamera digital lama dan televisyen CRT vintaj bersaiz kecil
Ia menampilkan optical viewfinder, skrin LCD mini, rakaman video 1080p pada kadar 30fps, slot kad MicroSD yang menyokong kapasiti sehingga 128GB, serta pengecasan pantas melalui port USB-C.
Memandangkan ia cukup ringan untuk diklip terus pada beg, kunci, atau gelung tali pinggang, anda boleh merakam gambar dengan mudah di mana sahaja anda berada.


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkannya di Malaysia, harga mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda membelinya
Berikut adalah beberapa lokasi di mana anda boleh mendapatkannya:
1. SOLEWHAT
Harga: RM188
Boleh didapati di semua cawangan SOLEWHAT.
2. Thundermatch
Harga: RM162
Anda boleh memesan KODAK Charmera Millennium Edition melalui kedai dalam talian Thundermatch. Beli di SINI.
3. ZonTiga
Harga: RM198
Edisi Millennium ini juga tersenarai di kedai dalam talian ZonTiga. Beli di SINI.
4. TSUTAYA BOOKS, Bukit Jalil
Anda boleh pergi atau hubungi pihak TSUTAYA BOOKS di Bukit Jalil untuk mengetahui ketersediaan dan harganya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via