Ini Cara Merawat Kulit Melecur Akibat Terkena Air Panas Di Rumah
Langkah-langkah yang perlu dibuat jika terkena air panas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Air panas jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diduga terutamanya di rumah
Jika terkena air panas, kecederaan kulit mungkin kelihatan ringan tetapi boleh membawa kepada kecederaan lebih serius jika tidak segera kurangkan kerosakkan kulit yang terkena itu.
Terdapat beberapa langkah yang anda perlu lakukan untuk mengurangkan kecederaan atau apabila terkena air panas

1. Jauhkan bahagian yang terkena air panas jauh dari sumber haba

Jika terkena air panas, tanggalkan pakaian atau aksesori di kawasan berdekatan itu dengan berhati-hati. Pastikan ia tidak melekat pada kulit.
2. Sejukkan kawasan terjejas

Kemudian, anda perlu sejukkan kawasan terjejas dengan mengalirkan air di bawah air paip selama kira-kira 20 minit.
Tindakan ini dapat menurunkan suhu kulit dan mengurangkan kesakitan. Jangan gunakan air ais atau air sejuk kerana keadaan tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Jangan guna ubat gigi, minyak, mentega atau bahan dapur yang lain pada kawasan melecur.

Bahan-bahan ini tidak akan membantu merawat lecur, tetapi hanya menyukarkan pemeriksaan atau rawatan lanjut.
Jika terdapat lepuhan Jangan pecahkan lepuhan atau menyucuknya. Kulit yang masih tidak rosak dapat membantu melindungi kawasan itu daripada jangkitan.
3. Keringkan dengan perlahan dan balut

Setelah disejukkan, keringkan dengan perlahan dan tutup secara longgar dengan pembalut atau kain yang tidak berbulu.
Elakkan menekan dan menggosok kawasan yang cedera.
Jika masih berterusan, ubat tahan sakit dapat membantu, tetapi anda perlu mengikut arahan pada label dan nasihat profesional kesihatan.

4. Jangan terburu-buru

Gambar sekadar hiasan.
Image via FreepikApabila berada di dalam kecemasan, jangan terburu-buru, jauhkan diri dari sumber haba, sejukkan kawasan yang terjejas dengan air mengalir dan elak menggunakan bahan yang tidak sesuai atau selamat.
Pemeriksaan lebih lanjut juga diperlukan untuk rawatan lanjut. Anda perlu bertindak dengan lebih tenang supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via