makan

9 Resepi Telur Ringkas Ini Mampu Menyempurnakan Juadah Makan Malam Anda. Sedapnya!

Ianya juga senang untuk dibuat dan boleh menjimatkan.

Cover image via MyResipi

1. Resepi Kerabu Telur Dadar Hiris

Image via MyResipi

Dah bosan dengan telur dadar biasa? Bolehlah cuba kerabu ini yang menggunakan telur dadar yang dihiris dan digaul dengan bahan-bahan seperti bunga kantan, cili merah, bawang besar dan banyak lagi bahan segar yang membuatkan hidangan ini lebih menyelerakan.

Dapatkan resipi penuh Kerabu Telur Dadar Hiris di sini.

2. Resepi Telur Dadar Udang

Image via MyResipi

Untuk anda yang sukakan hidangan seafood, bolehlah buat telur dadar udang ini yang sangat flavourful! Anda boleh hidangkan telur dadar ini bersama nasi campur. Boleh juga dimakan begitu saja. 

Dapatkan resipi penuh Telur Dadar Udang di sini. 

3. Resepi Tauhu Telur Masak Kicap

Image via MyResipi

Hidangan ini lebih unik dengan adanya tauhu segar yang dicelup tepung dan digoreng rangup. Dihidangkan dengan sos kicap yang mengandungi bahan aromatik seperti halia, bawang putih, bawang merah. Sangat memuaskan!

Dapatkan resipi penuh Tauhu Telur Masak Kicap di sini.

4. Resepi Pajeri Telur

Image via MyResipi

Hidangan pajeri adalah hidangan klasik Melayu yang memang sedap dimakan, tapi memang jarang dijumpai sekarang. Anda boleh membuat pajeri telur yang cukup sedap di rumah dengan menggunakan resipi ringkas ini. 

Dapatkan resipi penuh Pajeri Telur di sini

5. Resepi Acar Telur Rebus

Image via MyResipi

Acar telur ini sangat mudah dan murah untuk dibuat dan juga sangat sedap untuk dinikmati bersama nasi minyak ataupun nasi putih panas.  Menu ini juga sesuai dihidangkan untuk tetamu pada hari acara istimewa.

Dapatkan resipi penuh Acar Telur Rebus di sini.

6. Resepi Asam Pedas Telur

Image via MyResipi

Kalau anda suka masakan asam pedas, anda haruslah cuba resipi ini yang menggunakkan telur rebus sebagai protein utamanya. Dengan menggunakan bahan wangi-wangian segar seperti bawang merah, bawang putih, daun kesum, anda akan mendapat sup asam pedas yang cukup flavourful. 

Dapatkan resipi penuh Asam Pedas Telur di sini. 

7. Resepi Kerabu Telur Masin

Image via MyResipi

Resipi kerabu ini memang lain daripada yang lain kerana menggunakan telur masin yang dapat memberikannya rasa yang sedikit masin dan cukup unik. Tambahan lagi dengan bahan-bahan segar seperti daun ketumbar, cili api, serai, dan limau kasturi, kerabu ini pasti dapat memikat selera sesiapa saja. 

Dapatkan resipi penuh Kerabu Telur Masin di sini

8. Resepi Dalca Telur

Image via MyResipi

Dalca Telur ini sememangnya sedap untuk dimakan dengan pelbagai hidangan seperti nasi putih, roti paratha, atau roti putih. Dengan penggunaan bahan-bahan seperti daun kari, rempah kari cili kering dan halba campuran membuatkan hidangan ini cukup enak. Tambahan lagi dengan penggunaan santan, memanglah anda mendapatkan kuah yang cukup berlemak!

Dapatkan resipi penuh Dalca Telur di sini.

9. Resepi Kerutuk Telur

Image via MyResipi

Jika anda ada rempah kerutuk berlebihan, anda haruslah buat hidangan simple ini yang cukup sedap dimakan. Dengan menggunakan air asam jawa, hidangan ini berasa masam-masam pedas dan enak dimakan bersama nasi putih panas. 

Dapatkan resipi penuh Kerutuk Telur di sini

Dapatkan banyak lagi resipi-resipi lauk menarik dan ringkas di bawah: