Aaron Aziz Lari Sampai Hampir Pengsan!
Aaron Aziz hari itu hampir pengsan selepas lima pusingan larian di Stadium Nasional.
Aaron Aziz hampir pengsan lepas 5 pusingan larian di Stadium Nasional
Pelakon tanah air Aaron Aziz hampir pengsan selepas menyempurnakan 5 pusingan larian di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
blogspot.comAaron Aziz telah meluangkan masa untuk program amal "LariAmalAaronERA" bagi membantu Malaysian AIDS Council dalam mengumpul dana pada hari Rabu, 5 Jun 2013.
kartikel.comAaron Aziz kata:
"Saya akui memang tidak berminat dengan sukan larian. Kali terakhir saya sertai larian ketika di bangku sekolah. Namun ia membuatkan saya rasa sangat letih dan sejak itu saya tidak minat untuk mengikuti sukan larian lagi."
peraktoday.com"Tapi kali ini saya menyahut cabaran untuk berlari sebanyak lima pusing di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Walaupun pada pusingan kedua saya rasa nak pengsan, namun saya kuatkan semangat untuk sempurnakan program ini."
peraktoday.com“Hari ini kita dapat lihat wanita, remaja serta kanak-kanak terpinggir terpaksa melalui pengalaman hidup yang terlalu getir sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, sekurang-kurangnya sumbangan sebegini dapat membantu memberi kehidupan baru buat mereka."
kartikel.comApakah #LariAmalAaronERA?
#LariAmalAaronEra merupakan salah satu usaha promosi filem LARI, lakonan Aaron Aziz yang akan mula ditayangkan pada 6 Jun, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, merupakan sebuah filem aksi, yang mengangkat isu pemerdagangan manusia.
ruby.myArtikel berkaitan:
"Monsters University," "Switch" dan "Lari" antara filem yang akan datang ditayangkan di pawagan Malaysia!
says2.comBenda-benda hairan yang berlaku sekitar kamu? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Tweet us and let us know what's happening around you! We'll look into it.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produced and brought to you by Malaysian social media users.
facebook.com