news

KRISIS MESIR

Ketahui maklumat-maklumat berkaitan krisis yang berlaku di Mesir. Rangkuman pelbagai berita dan informasi terkini serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir.

Cover image via

KRISIS MESIR

Perkembangan Mesir

ismaweb.net

KAHERAH - MESIR. Pejabat pendakwa raya Mesir, kelmarin mengarahkan Mursyidul Am Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie ditahan atas dakwaan menghasut keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan, di mana seramai 51 orang turut dilaporkan terkorban.

blogspot.com

Dipetik Press TV, selepas terowong di selatan Gaza dan Mesir di sempadan Rafah dimusnahkan sehari selepas penggulingan Mursi, negara itu kini mengenakan syarat baru di mana rakyat Syria berkunjung ke Mesir perlu memohon visa susulan konflik politik yang sehingga kini meragut lebih 50 nyawa

blogspot.com

Menteri Luar Mesir, Mohamed Amr, semalam mengesahkan Presiden Mohamed Mursi selamat dan dilayan baik, namun tidak dibenarkan keluar di khalayak umum atas faktor keselamatan.

blogspot.com

Pegawai kanan tentera Mesir berkata, Mursi mungkin berhadapan pendakwaan berhubung tuduhan yang dibuat penentangnya namun tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu sehingga kini.

blogspot.com

Penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malek berkata, sejak menang pilihan raya pada pertengahan 2011, Mursi bukan sahaja tidak mampu menarik sokongan pembangkang sebaliknya gerakan untuk menggulingkan beliau semakin rancak.

sinarharian.com.my

LONDON - Lebih 100 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi berhimpun di luar bangunan kedutaan di London, Britain, membantah tindakan pasukan keselamatan di Kaherah, semalam.

sinarharian.com.my

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengutuk keras pembunuhan lebih 50 penyokong bekas Presiden Mesir Mohamed Mursi dan menggesa siasatan bebas ke atas insiden itu, semalam.

sinarharian.com.my

Ketahui maklumat-maklumat berkaitan krisis yang berlaku di Mesir. Rangkuman pelbagai berita dan informasi terkini serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir.

blogspot.com

You may be interested in: