news

Nenek Dan Cucu Maut Kena Renjatan Elektrik Di Sawah Padi

Ajal maut boleh berlaku secara tiba-tiba.

Cover image via SAYS.com

Seorang nenek dan cucu lelakinya ditemui maut dalam keadaan terbaring bersebelahan kerana dipercayai terkena kejutan elektrik di kawasan sawah

Kejadian berlaku pada kira-kira 10 pagi semalam di kawasan sawah padi di Kampung Tawadakan, Kota Belud, Sabah.

therakyatpost.com

Dipercayai, Sundang Alip, 70 sedang cuba melintasi parit untuk ke bendang setelah dihantar cucunya, Awang Mohd. Rajip Abd. Nazim, 25

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, Sundang dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam parit sebelum terkena renjatan elektrik.

hmetro.com.my

Sebaik sahaja melihat kejadian yang menimpa neneknya, Awang Mohd. Rajip cuma menyelamatkan warga emas itu, dia namun turut terkena renjatan elektrik

Image via SAYS.com

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Faizal Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.48 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang lelaki muda di dalam parit telah meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elektrik. Kita bersama membawa keluar kedua-dua mangsa sebelum dise­rahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Operasi menyelamat tamat pada pukul 11.27 pagi." katanya kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan, pagar besi berduri itu dibina penduduk kampung untuk menghalang binatang buas da­ripada memasuki kawasan tanaman mereka

Superintenden Mohd. Zaidi Abdullah mengatakan bahawa siasatan awal mendapati terdapat wayar elektrik yang putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

hmetro.com.my

"Kita masih lagi menjalankan siasatan jika terdapat unsur khianat dalam kejadian itu. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut" ujarnya.

utusan.com.my

Lagi kisah menyayat hati, KLIK DI SINI:

You may be interested in: