[TERKINI] Usaha Naik Taraf Kereta Api Di Sabah Akibat Kemalangan Teruk
Macam manakah seorang pelancong Hong Kong maut dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)? *Viewer discretion advised, content may contain graphic images*
Timbalan Ketua Menteri Sabah mahu menaik taraf kereta api di Sabah
Usaha menaik taraf kereta api di Sabah harus selari dengan pembangunan di daerah berdekatan terutamanya Putatan bagi mengelak berulangnya kemalangan kereta api yang merempuh kenderaan.
freemalaysiatoday.comTimbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata penambahbaikan sistem pengangkutan seperti pembangunan semula dan pemodenan Stesen Keretapi Tanjung Aru perlu mengambil kira kepentingan dan pertambahan penduduk di kawasan terbabit.
yahoo.com"Nampaknya kereta api sekarang lebih laju dari dulu dan mungkin sudah tiba masa mencari cara terbaik untuk memperlahankan kelajuan kereta api di mana terdapat ramai penduduk dan kereta yang menggunakan persimpangan empat."
bernama.com.mySeorang pelancong Hong Kong maut dirempuh kereta api di Sabah
Seorang pelancong Hong Kong maut manakala 2 wanita cedera dan seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
themalaysianinsider.comBagaimanakah insiden ini berlaku?
Dalam kemalangan jam 5.30 semalam, 19 June 2013, Hyundai Accent dinaiki keluarga berkenaan berpusing selepas dirempuh sebelum melanggar Perodua Myvi dinaiki 3 sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun.
bharian.com.myKetua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun kata, "Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlanggar dengan sebuah kenderaan."
sinarharian.com.myPegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
themalaysianinsider.com"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myi dan sebuah basikal."
sinarharian.com.myApakah punca insiden ini?
Difahamkan, ketika kejadian besi penghadang untuk menutup laluan kereta api tidak berfungsi, tetapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menempatkan pengawal landasan untuk memastikan semua kenderaan berhenti setiap kali kereta api melalui kawasan itu.
bharian.com.my"Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan. Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti...kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa."
themalaysianinsider.comKetua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
sinarharian.com.myApakah yang diketahui tentang kesemua pelancong?
Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.
themalaysianinsider.comBenda-benda hairan yang berlaku sekitar kamu? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Tweet us and let us know what's happening around you! We'll look into it.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produced and brought to you by Malaysian social media users.
facebook.com