Peniaga Maut Ditembak Tujuh Kali Di Georgetown
Seorang peniaga maut selepas ditembak tujuh das oleh lelaki yang tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak dekat Georgetown pada pukul 4:40PM semalam (2 April 2013). Rakan mangsa yang turut berada dalam kereta ketika tembakan dilepaskan berjaya melarikan diri. Pada pandangan kamu, apakah punca dan motif jenayah tersebut?
Peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan
Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepas lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak dekat sini pada pukul 4.40 petang tadi.
utusan.com.myKetua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang berkata ketika kejadian, mangsa, S.Arumugam, 48, dari Changkat Minden, sedang memandu kereta jenis Hyundai Matrix dengan ditemani seorang rakan.
blogspot.com“Ketika sampai di persimpangan jalan, datang 2 lelaki menaiki motosikal yang memakai topi keledar penuh & seorang daripada mereka melepaskan tembakan & terkena bahagian badan serta kepala mangsa."
malaysianreview.com"Rakan mangsa yang turut berada dalam kereta ketika tembakan dilepaskan berjaya melarikan diri, dan sepasukan anggota polis telah diarah untuk mengesan suspek dan rakan mangsa."
yahoo.comApa yang diketahui tentang mangsa?
"Berdasarkan maklumat daripada pasport mangsa yang ditemui, didapati mangsa baru balik dari sempadan di utara," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
utusan.com.myKetua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa, yang memiliki rekod jenayah lampau, mati di tempat kejadian dan motif masih disiasat.
yahoo.comKes jenayah di Malaysia (tahun 2013) yang melibatkan senapang
1 Feb 2013: Seorang suri rumah, Pua Bee Chun, mati ditembak oleh anggota polis dari belakang badannya. Kereta tersebut ditembak sebanyak 24 kali.
says2.com2 Jan 2013, Seremban: Seorang lelaki berbangsa India mati ditembak dari jarak dekat ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah.
klpos.com4 Feb 2013: Seorang lelaki, S. Saravanan, yang baru selesai menghadiri perbicaraan kes samun di Mahkamah Sesyen di Melaka ditembak oleh individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat.
utusan.com.my