news

Anggota Polis Bantuan Menembak Adik Teman Wanita Kerana Cinta Tidak Direstui

Seorang anggota polis bantuan melepaskan 5 das tembakan dan mencederakan adik lelaki teman wanitanya kerana lamarannya ditolak oleh keluarga teman wanita.

Cover image via

Samuel John Moses, Seorang Anggota Polis Bantuan, Dihalang Masuk Rumah Untuk Bincang Hal Pertunangan

Seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah pergi ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.

astroawani.com

Anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

bharian.com.my
Image via thestar.com.my
Image via pgimgs.com

Kakak Mangsa: Hubungan Cinta Dihalang Kerana Tingkah Laku Moses Buruk

Kakak mangsa berkata, keluarganya menghalang hubungan cinta itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku lelaki itu sebelum adik perempuannya memutuskan hubungan cintanya Rabu lalu.

sinarharian.com.my

Cinta Tidak Direstui Maka Moses Melepaskan Tembakan

Suspek, Samuel John Moses, 27, merupakan seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi mengeluarkan sepucuk pistol sebelum melepaskan lima das tembakan kearah rumah mangsa.

abnxcess.com

Bengang dengan situasi terbabit, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.

astroawani.com

A police officer today released five shots during an altercation with his girlfriend's family, after his marriage proposal was rejected.

malaysiakini.com

Pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu.

bharian.com.my
Image via blogspot.com

Mangsa Tembakan Dalam Keadaan Stabil, Moses Berjaya Ditangkap

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan satu siasatan telus akan dijalankan ke atas kes itu.

sinarharian.com.my

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

bharian.com.my

Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun kemudian berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.

astroawani.com

Cerita-cerita berkaitan:[SAYS EKSLUSIF] Garis Masa Insiden Tembakan di Malaysia Sejak April 2013

Image via amazonaws.com

You may be interested in: