seismik

[VIDEO VIRAL] Wanita Mengamuk Hilang Pedoman Selepas Kereta Dilanggar

Ikuti semua perkembangan kes buli jalanan "Kiki" Kamaruddin dari hari pertama sehingga update terkini hari ini di SAYS.

Cover image via youtube.com

[TERKINI] Kiki Didenda RM5,000 Serta 240 Jam Khidmat Masyarakat

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki Kamaruddin, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, minggu lalu (14 Julai) didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di Kuantan semalam (22 Julai).

ceritasemasa.com

Kiki didenda RM5,000 serta 240 jam khidmat masyarakat.

Image via ceritasemasa.com

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), di Kuantan.

informasi.my

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya.

harakahdaily.net

21 Julai: Kiki Dibebaskan Pihak Polis Dan Dihadapkan Ke Mahkamah

Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan pada 14 Julai lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

hmetro.com.my

Kiki ditahan di IPD Kuantan pada 17 Julai 2014.

Image via blogspot.com

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam17 Julai selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

hmetro.com.my

Siti Fairrah yang lebih dikenali dengan nama Kiki hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada pukul 4 petang bagi memberi kenyataan berhubung insiden tersebut.

utusan.com.my

"Kiki Dibebaskan Selepas Pihak Polis Berpuas Hati Dengan Keterangan Yang Diberikannya," Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad

"Pihak polis kini sedang mengumpul keterangan daripada saksi termasuk dalam kalangan polis dan orang awam."

kosmo.com.my

“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya lagi.

hmetro.com.my

17 Julai: Polis Menahan "Kiki" Berhubung Kes Buli Jalanan

Image via HMetro

Polis menahan seorang wanita berhubung kes buli jalanan pada Isnin bagi membantu siasatan jenayah dan kerosakan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, hadir ke balai polis pada Khamis selepas disaman dan ditahan. Beliau tidak menyatakan berapa lama wanita itu yang juga dikenali sebagai Kiki Kamaruddin akan ditahan. "Itu bergantung kepada siasatan, kita melihat perkara ini terlebih dahulu," katanya.

mstar.com.my

Kiki Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Di Radio Era, Hitz.fm Dan NTV7

Image via youtube.com

"Kiki di studio ERA pagi ini (17 Julai 2014) bagi membuat permohonan maaf kepada Uncle Sim. Kiki, wanita yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana mengamuk keretanya digesel di Kuantan tempoh hari, telah tampil ke studio kami bagi membuat permohonan maaf secara terbuka sekaligus menamatkan kemelut yang melanda."

era.fm

"Walaupun kami berjaya menarik perhatian ramai secara positif, namun ada juga cemuhan negatif dilemparkan kepada kami dan juga wanita ini. Rata-rata tidak setuju kami menjemput Kiki ke studio tanpa Uncle Sim. Untuk makluman semua, Uncle Sim tidak dapat hadir ke studio hari ini kerana tinggal jauh di Kuantan dan ada urusan di balai polis," kata radio Era.

era.fm

Dalam Segmen 'New Morning Crew' Bersama Ean Dan Jinnyboy Di Hitz.fm, Kiki Turut Memohon Maaf Kepada Uncle Sim Serta Isterinya Melalui Panggilan Telefon

Pengacara Popular, Paknil Juga Sempat Mengambil Kesempatan Memberi Kata-Kata Semangat Kepada Kiki

Image via imgur.com

Semalam (16 Julai 2014), Kiki Tampil Dalam Temuramah Eksklusif Bersama NTV7, Menceritakan Tindakannya Yang Tidak Terkawal Serta Memohon Jutaan Kemaafan Kepada Rakyat Malaysia

Image via imgur.com

Anda boleh saksikan video temuramah eksklusif dari NTV7 berdurasi 12 minit DI SINI.

bit.ly

16 Julai: Pakcik Maafkan Wanita Peugeot #CDM25 Atas Kelakuan Kurang Sopan

Pesara kerajaan, Sim Siak Heong tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang bertindak membulinya dalam kejadian di parkir kenderaan UTC pada 14 Julai 2014.

bharian.com.my
Image via fbcdn.net

Siak Heong, 68, berkata dia sudah berjanji untuk tidak melaporkan kejadian dibuli oleh wanita terbabit walaupun diminta oleh pihak berkuasa supaya berbuat demikian.

bharian.com.my

"Saya sudah maafkannya dan dia pun sudah meminta maaf selepas kejadian itu," katanya ketika ditemui.

bharian.com.my

Menerusi Laman Facebook, Wanita Berkenaan Mengaku Bersalah Atas Tindakannya Itu Dan Meminta Agar Videonya Dipadamkan Sepenuhnya

Image via imgur.com

Namun Begitu, Ada Juga Pihak Yang Meminta Beliau Membuat Sebuah Video Mohon Maaf Khas Untuk Dimuat Naik Ke Laman Youtube

Image via imgur.com

Kejadian Viral Ini Tidak Dilepas Pandang Oleh Beberapa Syarikat Di Luar Sana. Syarikat Telekomunikasi Digi Menawarkan Perkhidmatan Percuma Bagi Membaiki Kedua-Dua Kereta Terbabit Dengan Hashtag #30HariBaik

Image via Facebook Digi
Image via Facebook Digi

Selain Digi, Syarikat Beer Factory Juga Tidak Melepaskan Peluang Menawarkan Beer Percuma Kepada 25 Pelanggan Peugeot Pertama Yang Berkunjung Ke Kedai Mereka

Image via imgur.com

Dalam Pada Itu, Peugeot Club Malaysia Turut Menawarkan Ais Krim Percuma Dan Bersedia Membantu Pakcik Dalam Membaiki Keretanya Manakala Menawarkan Kursus "Anger Management" Kepada Wanita Berkenaan

Ekoran #CDM25 Menjadi Sangat Trending, Wanita Tersebut Barangkali Akan Menukarkan "Plate Number" Keretanya Pada Masa Akan Datang

Image via imgur.com

14 Julai: Kejadian Dilapor Berlaku Di Kuantan Dimana Seorang Wanita Melayu Hilang Pertimbangan Selepas Kereta Peugeot 208 Miliknya Dilanggar Oleh Seorang Warga Tua Berbangsa Cina

Image via youtube.com

Menerusi Facebook "Terengganu Times", Video Viral Ini Telah Mendapat Lebih 15,000 Share Dan Hampir 4,000 Likes Ketika Cerita Ini Diterbitkan (16 Julai 2014, 11 Pagi)

Berikut Adalah Antara Dialog Yang Sempat Dirakam:

"Ini Kereta Baru Bodoh! You Did It With Intention!"

Image via youtube.com

"What You Did To My Car Now, You See? You See What You Did?"

Image via youtube.com

"Pay Me Now RM2,000. Pay Me Now!"

Image via youtube.com

"You Think You Are Chinese Then You Think You Are Better Than Us! You Are Very Stupid!"

Image via youtube.com

"You See My Plate Number? Baru Eh, Baru!"

Image via youtube.com

Saksikan Video Penuh DI SINI:

Rata-Rata Netizen Di Facebook Meluahkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan Tindakan Wanita Itu Serta Turut Bersimpati Dengan Nasib Warga Tua Berbangsa Cina Berkenaan

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Hasil Carian SAYS Telah Menemui Status Facebook Daripada Anak Warga Tua Itu. Ternyata, Beliau Sangat Marah Dengan Tindakan Wanita Terbabit Membuli Bapanya Menggunakan 'Steering Lock'.

Image via imgur.com

Apa Perasaan Anda Selepas Menonton Video Di Atas?

Seperti Biasa, Mana-Mana Isu Yang Viral Pasti Akan Dijadikan Bahan 'Troll' Untuk Orang Ramai

Leave a comment