10 Perkara Epik Yang Selalunya Terjadi Di Bulan Ramadan. #8 Tu Lawak!
Aduh, bila baca balik memang betul lah semua ni. Boleh relate!
Bulan Ramadan sememangnya tidak menjanjikan hari anda untuk menjadi kurang produktif. Namun, setiap aktiviti yang anda lakukan setiap hari akan tetap berjalan seperti biasa kecuali anda tidak boleh makan dan minum sahaja.
1. Lepas waktu sahur, anda dah terfikir tentang waktu berbuka puasa
Pelbagai jenis makanan yang ada dalam fikiran anda ketika itu. Padahal baru masuk waktu Imsak, anda sudah terfikir tentang menu yang anda nak untuk berbuka puasa.
2. Seminggu pertama memang excited gila nak puasa, bila masuk minggu seterusnya terus lembik...
Menjelang bulan Ramadan anda berasa sangat excited! Macam-macam niat anda pasang, kononnya nak puasa penuh, nak makan makanan berkhasiat, nak minum air mineral dengan banyak, nak makan kurma setiap kali berbuka dan sebagainya.
Tapi bila dah masuk minggu kedua, semua niat dah gone!
3. Perut buat konsert sepanjang hari. Alamak!
Paling epik kalau tengah meeting, perut berbunyi sekuat-kuatnya. Macam tak makan seminggu! Lepas tu terfikir, 'aku sorang je ke yang dengar bunyi ni?'
4. Buka Instagram, Twitter atau Facebook, semua orang post gambar makanan. Yang tak sedap pun nampak sedap!
Masa bukan bulan puasa, bila buka media sosial tak ada pula gambar makanan yang boleh membuatkan anda terliur. Tapi di bulan Ramadan, buka je mesti terliur! Rasa menyesal scroll Instagram sebelum berbuka. Ahhhh!
5. Perasaan menyesal sebab tak habiskan makanan masa sahur malam tadi sebab terlalu mengantuk!
Jangan tipu, semua orang pernah lalui perasaan menyesal tak sudah bila masa sahur anda tak habiskan makanan sebab terlalu mengantuk.
Bila tengah puasa mulalah menyesal tak habiskan burger, nasi, ayam goreng, milo ais yang mak hidang malam tadi.
6. Tutup mulut atau elak bercakap dengan sesiapa sebab insecure mulut busuk
Bila tak makan dan tak minum mulalah mulut akan mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Jadi anda akan mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan jarak yang dekat sebab takut orang lain terbau mulut anda.
7. Mula mengira waktu untuk berbuka, siap set alarm clock, takut tertidur sehingga waktu berbuka
Bila dah sampai pukul 5 pm, perut dah mula tak beri kerjasama. Bunyi makin kuat, tekak makin haus, memang tak senang duduk lah. Ada yang siap set alarm takut terlepas waktu berbuka!
8. Bila waktu berbuka, jumpa makanan macam jumpa kekasih lama!
Ini memang sudah biasa berlaku. Sampai je waktu untuk berbuka, anda nampak makanan terus jadi macam orang dah setahun tak jumpa makanan. 'Hello, foods! Kita jumpa lagi..'
9. Bila nak pergi terawih, perut penuh sangat sampai nak jalan pun tak boleh
Rumah sejengkal je dengan masjid, tapi disebabkan anda terlalu kenyang, perut penuh dengan air dan makanan, terpaksalah terawih di rumah atau naik kereta untuk ke masjid. Food coma habis ni!
10. Dah habis terawih, tak jumpa selipar pulak.....
Dalam masjib bukannya ada seorang atau dua orang yang menunaikan solat Terawih pada bulan puasa, perkara ini menyukarkan anda untuk cari selipar yang dipakai ketika datang. Banyak selipar yang sama. Kalau terjumpa pun, mungkin sebelah je, sebelah lagi hilang.