7 Anak Muda Malaysia Ini Sanggup Berhenti Kerja Semata-Mata Untuk 'Travel' Keliling Dunia
Tak semua orang berani menempuh cabaran sepertimana anak-anak muda ini lakukan. Cuba tanya diri sendiri: "Sanggupkah aku berhenti kerja untuk menjelajah dunia?"
1. Zahariz Khuzaimah
Zahariz Khuzaimah adalah seorang pengembara, jurugambar dan pembuat filem. Zahariz meninggalkan kehidupan rutin dan zon selesa semata-mata untuk mencari pengalaman hidup yang tidak ternilai di serata dunia.
Terkenal menerusi siri TV 'Dengan Basikal Aku Menjelajah', Zahariz menjalani kehidupan nomad (berpindah-randah) dan melihat dunia abad ke-21 dari lensa mata seorang nomad. Pengembaraan Zahariz adalah lebih kepada mempelajari untuk menerima segala sesuatu yang datang dalam hidup, tidak kira sama adayang baik atau yang buruk.
Sepanjang mengembara, Zahariz tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau di mana dia akan tidur pada waktu malam.
Laman web: zahariz.com
Instagram: Zahariz Khuzaimah
YouTube: Dengan Basikal Aku Menjelajah
2. Hadhinah Fawwazah Nasaruddin
Hadhinah Fawwazah Nasaruddin atau 'Hannah On Earth' memulakan pengembaraan di luar Malaysia sejak 2011. Menurutnya, wanita Melayu yang melancong berseorangan adalah sesuatu yang agak janggal pada waktu itu. Dalam tempoh 4 tahun, Hadhinah telah menjelajah ke 20 negara.
Walaupun kini menetap di Amerika Syarikat dan mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka di sana, Hadhinah tetap seorang gadis Sandakan, Sabah yang merendah diri. Hadhinah kini dalam misi melengkapkan perjalannya ke semua 50 negeri di Amerika Syarikat. Menariknya, rakyat di sana pun belum tentu dapat melakukan jelajah sebegini.
Laman web: vagabondest.com
Instagram: Hannah On Earth
Facebook: Hadhinah Fawwazah Nasaruddin
3. Muazammil Mamat
Muazammil Mamat yang lebih dikenali dengan nama 'Menk Mahawangsa' atau 'Routexplorers' mempunyai impian untuk berkelana dari Kuala Lumpur ke Leicester di England menggunakan jalan darat dengan bajet yang rendah. Perjalannya ke Leicester memakan masa hampir 200 hari.
Menk telah berjaya menjejakkan kaki ke hampir 80 tempat di serata dunia. Beliau merupakan salah seorang yang terselamat daripada nahas gempa bumi dahsyat di Nepal pada April 2015.
Laman web: routexplorers.blogspot.my
Instagram: Menk Mahawangsa
YouTube: Muazammil Mamat
Facebook: Routexplorers
4. Kher Ying Tey
Kher Ying Tey atau lebih dikenali sebagai 'The Tiny Wanderer' merupakan seorang blogger pelancongan yang telah menjejakkan kaki di lebih daripada 67 negara. Kisah perjalanannya memberi tumpuan kepada destinasi menarik, refleksi peribadi, dan misi mengejar kebahagiaan.
Adakah dia berani? Kaya? Luar biasa? Tidak. Ying hanyalah seorang gadis kecil yang cuba untuk menggapai impian yang lebih besar daripada kehidupan.
Laman web: www.tinywanderer.com
Instagram: Ying Tey
Facebook: The Tiny Wanderer
5. Bijan M. Baki
Bijan M Baki bersama seorang rakannya, Kim Eng telah menghabiskan masa lebih setahun melancong bersama. Walaupun Bijan sangat sukakan kerjanya sebelum ini, dia tetap beranikan diri untuk berhenti semata-mata mahu menjelajah dunia.
Menurut Bijan, perkara yang dilakukannya ini adalah "kerja gila" lebih-lebih lagi apabila dia mengajak seorang rakan untuk menemaninya sekali. Bijan memerlukan masa 3 hingga 4 tahun untuk mengumpul dana travel ini dan terpaksa mengurangkan perbelanjaan bulanan bagi menggapai impiannya.
Instagram: bijanzperspective
Facebook: Bijan M. Baki
6. Razali Makhtar
Hidup dalam kemiskinan dan tinggal bersama ibu tunggal sedari kecil telah memberi inspirasi kepada Razali Makhtar untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Walaupun hanyalah seorang budak kampung, yang di usia kecilnya bermandikan kubang kerbau, Razali punyai hajat dan impian yang besar iaitu mengelilingi dunia.
Sehingga kini, Razali atau 'Kenyalang Celup' telah berjaya menjelajah ke lebih 70 buah negara.
Laman web: kembararazali.blogspot.my
Instagram: Kembara Razali
Facebook: Kenyalang Celup
7. Adib Harith
Pernah bekerja di sebuah syarikat IT gergasi DELL, Adib Harith membuat keputusan untuk berhenti dan memulakan langkah sebagai seorang pengembara. Adib yang mempunyai minat mendalam dalam bidang fotografi mempunyai impian untuk mengambil sebanyak gambar yang boleh di sekeliling dunia.
Menurut Adib, negara yang benar-benar memikat hatinya adalah Mongolia. Adib menganggap negara itu adalah seperti "syurga dunia" dengan pemandangan semulajadi bukit-bukau dan gunung-ganang yang begitu memukau.
Laman web: adibharith.com
Instagram: artdeep
Facebook: Adib Harith Fadzilah
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!