seismik

Gadis Ini Berkongsi 10 Tips Buat Mereka Yang Ingin 'Travel Alone' Ke Luar Negara

Dah bersedia melihat dunia?

Cover image via Pejey Hsm/Facebook

Kami yakin setiap orang pasti menyimpan impian untuk menjalajahi dunia dan salah satu tempat yang ingin dijejaki semestinya di benua Eropah

London, England.

Image via www.wallpaperstunnel.com

Rome, Italy.

Image via www.phlebology.org

Paris, Perancis.

Image via www.urlaubsguru.at

Dan setiap kali mengajak rakan-rakan untuk travel bersama, pasti selalu sahaja tidak berkesempatan. Oleh sebab itu, terpaksalah travel alone ke negara orang.

Bagaimanapun, mungkin sesetengah daripada kita belum cukup bersedia untuk travel seorang diri.

Jangan risau, hari ini kami nak berikan kepada anda 10 tips melancong seorang diri yang telah dikongsi oleh seorang gadis yang bernama Pejey Hsm ini setelah mengutip pengalaman selama 3 tahun melancong.

Kalau dulu selalu je angan-angan nak travel ke luar negara. Tp takde duit, nak pergi genting pun x mampu apetah nk pergi luar negara. Saya nak cerita pengalaman saya melancong bermula pada tahun 2013 sampai sekarang masih mencari peluang untuk sampai ke seluruh negara.

Ada rezeki lebih,pertama kali keluar melancong terus pergi europe selama sebulan. Tanpa pengalaman sy travel seorang tapi menumpang rumah keluarga kwn sy di Ireland.
Ada sedikit tips untuk korang yang nak melancong seorang diri atau berdua dengan kawan!

facebook.com

1. Cari kenalan yang belajar di luar negara

Cuba cari kenalan yang belajar di luar negara. Boleh tumpang rumah dorang. Saya jumpa dengan kwn sy di airport Amsterdam, kami berjanji untuk jumpa di airport tetapi saya lupa nak tanya nanti nak jumpa dekat mana, sampai je airport Schiphol tu terkejut sbb airport dia bsr sgt!! Ha sudah, wifi xde.

Semua lock dgn password. Tawakal, jalan-jalan and pusing-pusing akhirnya jumpa jugak kwn sy tu. Then dari situ kami travel berdua guna eurail pusing2 italy then swiss lps tu balik Edinburgh.

facebook.com

2. Berhati-hati dengan penyeluk saku

Jangan cepat kesian dekat budak-budak yang kononnya muslim dekat Paris tu. Dorang guna agama untuk dekat dgn kita kemudian buat kerja pickpocket dia tu, sgt sgt cepat ok. Saya pernah kena tp nasib baik sempat tangkap.

facebook.com

3. Install aplikasi bahasa tempatan

So kalau melancong ke negara yang tidak guna English kena prepare awal-awal tau perkataan basic.

facebook.com

4. Isu agama perkara biasa

Kalau bertudung ni, sbrnya mmg akan selalu ada issue. Tp yg bagusnya, kadang-kadang orang x pandang pun, mcm tak wujud terus kita ni. Tp kalau ada yg anti Islam, mmg dia maki kita rileks je.

Pernah kami cuba amik wudhu' di Toilet airport Paris, cleaner dia halau terus kot . Lepas tu kalau kita nak tanya apa-apa org dia akan pura-pura xpaham english. Mmg mencabar!

facebook.com

5. Siap sedia mental dan fizikal

Tidur dekat train station tu biasa lah. Tp tidur pn berjaga-jaga. Sbb kami perempuan kan, bimbang jugak. Dalam train pun ada sexual harassment tapi kami berjaya selamat kan diri. X de orang nak tolong ok. Tp Allah permudahkan semua.

facebook.com

6. Bersabar setiap masa

Kalau tetiba ATM xleh keluarkan duit sbb berbeza time zone, terlepas bus, terlepas train jangan cepat melatah, sebab secara tak langsung korang akan terjebak ke dalam 'unplanned trip' and explore. Kitaorg prnah terlepas train sebab lambat sikit je tu pun sebab xpaham instruction dekat information di station Florence. Lps tu semua plan berubah haha.

facebook.com

7. Cuba berkomunikasi dengan warga tempatan

Kalau pergi ke mana-mana kedai, cuba jadi friendly, tanya khabar dia, wish yg baik-baik dekat dorang, benda macam tu akan reflect balik dekat kita nanti orang pun akan ceriakan hari kita dengan benda-benda baik. Smile & Say Hello!

facebook.com

8. Bersikap terbuka

Apabila travel ke negara yang budaya nya berlainan dengan kita ni, agak mencabar sebenarnya. Ada yang pernah tanya saya psl islam, tanya apa yang Al Quran tulis, ada yang perlekeh sbb pakai tudung so i can't enjoy my life and etc.

Listen to the opinions you don't agree with, and smile. Kita pun tak boleh judge gaya hidup dorang. Ini lah pembelajaran yg kita dapat melalui mengembara.

facebook.com

9. Slow down plan travel

Jangan plan 6 negara 6 minggu untuk travel. All the good stuff happens when you really take the time to explore. I can honestly say that NONE of my best travel experiences happened within the first few days of arriving somewhere. Spend more time in fewer places for maximum enjoyment.

facebook.com

10. Ambil gambar banyak-banyak

And gambar ni ialah gambar saya travel sejak 2013 lagi. Kalau dulu kerja habiskan duit dengan travel, sekarang tgh cuba dapatkan balik duit tu dengan jadi freelance tour guide ke Maldives. Lepas tu baru kita sambung travel balik ke negara lain!

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dulu hidup miskin, sekarang pengembara sepenuh masa. Baca SINI:

You may be interested in: