seismik

Rekod Video 1 Minit & Berpeluang Untuk Beraksi Di Pentas Showcase AME2019. Wah, Menarik!

Amacam? On tak on? ;)

Cover image via India Finder

Artikel ini ditaja oleh 100 Plus.

Baru-baru ini, viral isu rupa lebih penting berbanding bakat dalam pencarian wajah baru pelakon bagi menghiasi drama-drama di kaca TV

Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang. Sekurang-kurangnya berilah mereka peluang bagi menyerlahkan bakat apa yang ada. Kalau bakat terus dipendam, siapa yang nampak kan?

Image via Giphy

Jangan risau, jom cuba nasib di tempat lain pula. Tonjolkan bakat sebenar anda dalam peraduan #AktifkanAME2019 bagi mencapai impian dan seterusnya menyerlah seperti bintang serta selebriti tempatan kita!

Untuk pengetahuan anda, 100PLUS bekerjasama dengan Anugerah MeleTOP ERA 2019 bagi menyuntik semangat anak muda menyerlahkan bakat dalam pelbagai bidang seperti tarian, nyanyian, pengacaraan, lakonan dan sebagainya.

Menarik bukan? Teringin nak join tak? ;)

Ingin tahu bagaimana caranya? Lihat di bawah:

Image via 100 Plus

  1. Rekod video berdurasi 1 minit sambil menyerlahkan bakat masing-masing.
  2. Kemudian, upload video tu dalam akaun Instagram berserta hashtag #AktifkanAME2019 #AME2019 #100PLUS dan #MeleTOP.
  3. Paling penting, set akaun Instagram anda kepada ‘public‘ ya.

Peraduan ini sudah bermula dari 11 Mac lalu dan akan tamat pada 1 April 2019. Jadi, upload video anda sekarang!

Video terbaik akan dipilih dan akan dipaparkan dalam episod MeleTOP pada 9 April 2019. 

Kemudian, MeleTOP akan upload 3 video terbaik ke dalam Instagram MeleTOP untuk sesi undian yang akan menentukan siapa pemenang bertuah yang akan beraksi di pentas showcase AME2019.

Sementara itu, pemilik 3 video terbaik tu juga perlu sediakan video promo apabila sesi undian bermula.

Image via ohbulan.com

Undian untuk 3 video terbaik tersebut akan bermula pada 9 hingga 15 April 2019. 

Peserta dengan jumlah ‘Like‘ paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang dalam episod MeleTOP pada 16 April 2019.

Senangnya, tapi.. what's the catch..?

Hadiah yang ditawarkan peraduan #AktifkanAME2019 ni bukan calang-calang. Mana tidaknya, apa lagi yang akan diberikan selain hadiah lumayan bagi menghargai bakat-bakat terpendam anda bukan?

Kalau bertuah dan bakat anda digemari netizen-netizen di media sosial, anda mungkin berpeluang untuk menerima hadiah seperti di bawah:

Hadiah Utama

  • Wang tunai RM10,000
  • 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019
  • Berpeluang membuat persembahan di pentas showcase Anugerah MeleTOP ERA 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil

Tempat ke-2

  • Wang tunai RM5,000
  • 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019

Tempat ke-3

  • Wang tunai RM3,000
  • 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019

Namun, jika anda tidak mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga, jangan risau kerana penyertaan anda juga akan diberi penghargaan.

Sebanyak 50 penerima hadiah saguhati akan membawa pulang 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019 dan solekan muka serta dandanan rambut asas secara PERCUMA!

Fuh, menarik sangat ni! Tunggu apa lagi?

Upload video masing-masing sekarang. :D

Image via Giphy

Untuk terma dan syarat peraduan, layari laman web 100PLUS. Semoga berjaya!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: