11 Melecur Dan Seorang Parah Disambar Api Berhampiran Stesen Minyak
Malang tidak berbau. Ketika sedang menikmati makan malam, satu letupan telah berlaku mengakibatkan 11 orang cedera.
Seramai 11 Orang Cedera Dan Seorang Kritikal Akibat Disambar Api Di Gua Musang Pada Malam 2 April 2014
Seramai 11 orang pelanggan kedai cedera dalam kebakaran membabitkan beberapa gerai makanan dalam kejadian di Persiaran Raya, Gua Musang.
Image via hmetro.com.mySeramai 11 orang pelanggan kedai cedera dalam kebakaran membabitkan beberapa gerai makanan dalam kejadian di Persiaran Raya, Gua Musang.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh kenderaan termasuk dua Proton Wira, Nissan Grand Livina dan sebuah Toyota Harrier turut terbakar.

Api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di kawasan berkenaan.
Mangsa Yang Kritikal Itu Dilaporkan Terbakar Pada Seluruh Badan Dan Segera Dikejarkan Ke Hospital
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mangsa yang kritikal dikenali sebagai Muhamad Azman Hamat, 18, didapati terbakar di seluruh badan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
kosmo.com.myMuhamad Azman Hamat imasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Image via www.come2kelantan.mySepuluh yang lain dilaporkan melecur dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Mereka dikenali sebagai Nor Azila Amira, 23, Nor Marisah Mihd Yusuf, 20, Nor Asyikin Mohd Salleh, 20, Mihd Shair Hafizi, 24, Mihd Zul Idzhar Akmal, 16, Tengku Ahmad Afqih Tengku Abdullah, 20, Sayang Nor Ilyani, 23, Mohamad Quizuel Hakim Bahri, 20, Siti Zabariah Idris, 53 dan Mohd Ikhwan, 25.
Sepuluh yang lain dilaporkan melecur dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Image via www.come2kelantan.myKejadian Berlaku Ketika Kesemua Mangsa Sedang Menikmati Makan Malam Di Deretan Gerai Berdekatan
Kejadian berlaku ketika para mangsa sedang makan di kawasan Dataran Kesedar Putra yang terletak berhampiran stesen minyak berkenaan.

Petrol yang tumpah dari lori tangki itu dipercayai mengalir ke deretan gera-gerai makan berkenaan
Api daripada gerai menjual burger kemudiannya dipercayai menyambar petrol yang mengalir itu dan terus merebak hingga membakar gerai yang lain menyebabkan para pelanggan bertempiaran menyelamatkan diri.
Pihak Bomba Melaporkan Terdapat Letupan Kuat Berlaku Semasa Kejadian
Sementara itu Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Machang, Che Rusli Che Sulaiman berrkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.16 malam dan menggegaskan 10 anggota bersama sebuah jentera.

Beliau berkata sebaik pihaknya tiba, mereka mendapati berlaku letupan kuat akibat api membakar kereta dan motosikal yang terdapat di situ. Api dapat dikawal daripada merebak dalam masa 10 minit.
