seismik

15 Jenama Tempatan Yang Jual 100% Madu Tulen Di Malaysia - "Kaya Dengan Khasiat"

Pilih madu yang tulen, jangan beli yang fake.

Cover image via Rayhanah & Tokped

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda? Rupa-rupanya, 90% daripada madu yang dijual di Malaysia adalah palsu, jadi di sini kami kongsi senarai jenama yang menawarkan madu tulen

Kalau anda ragu-ragu tentang keaslian madu, boleh ikut cara di sini untuk memeriksa sama ada ia tulen atau tidak. 

1. My Naturi

My Naturi adalah penjual asas di Malaysia yang menjanjikan kualiti premium pada harga yang mampu milik.

Mereka menawarkan madu tulen 100% daripada pelbagai sumber bunga, termasuk bunga akasia, bunga linden, bunga gunung tinggi, dan lain-lain.

Harga: RM25 hingga RM35 (Bergantung kepada jenis madu)

Laman web | Facebook | Instagram

2. Jungle House

Image via Jungle House

Perniagaan ini diusahakan oleh pasangan suami isteri. Jungle House menawarkan madu organik yang 100% tulen, semulajadi dan mentah dari hutan-hutan di seluruh dunia. Mereka juga menawarkan hadiah korporat dan cenderahati perkahwinan.

Hasrat mereka adalah untuk berkongsi madu berkualiti kepada semua orang sambil melindungi ekosistem semulajadi lebah madu. Selain itu, mereka juga menyokong penternak lebah tempatan yang mengembara melalui hutan untuk mengumpul madu.

Harga: RM48 hingga RM500 (Bergantung kepada saiz dan jenis madu)

Laman webFacebook | Instagram 

3. Dorsata Honey

Dihasilkan oleh Apis Dorsata, sejenis lebah primitif liar yang terdapat dalam hutan hujan Malaysia. Dorsata Honey memang penuh dengan nutrien.

Dorsata Honey dipetik dengan teliti untuk melindungi koloni lebah di alam liar, sekali gus ia dapat memastikan kelestarian dan pemeliharaan hutan Malaysia.

Harga: RM15 hingga RM220 (Bergantung kepada saiz dan jenis madu)

Laman web | Facebook | Instagram

4. Yummi House

Image via Yummi House

Yummi House ditubuhkan pada tahun 2007 di Singapura tetapi ibu pejabatnya di Malaysia. Mereka pakar dalam madu liar semula jadi dan sarang burung.

Jenama ini menawarkan A Class, S Class, dan Premium Class madu liar semulajadi, serta madu bunga dan madu Yemen Sidr. Mereka juga menyediakan set hadiah untuk korporat dan perayaan.

Harga: RM69 hingga RM768 untuk madu liar semula jadi (Bergantung kepada jenis madu)

Laman webFacebook | Instagram 

5. Eco Bee Shop

Image via Bee Shop

Eco Bee Shop menyediakan produk madu organik yang diperolehi dari ladang lebah Malaysia. Mereka mempunyai kedai fizikal di Johor.

Mereka menawarkan pelbagai jenis madu, termasuk madu bunga liar dan madu hutan, yang semuanya bebas daripada bahan tambahan dan pencemar. Produk mereka juga mendapat pengiktirafan halal.

Harga: RM88 hingga RM275 (Bergantung kepada saiz dan jenis madu)

Laman web | Facebook | Instagram

6. BeeBudz

BeeBudz Honey telah terbukti 100% tulen oleh Analisis RapidRAW Honey Institut GENOM Malaysia. Mereka juga merupakan pernigaan pertama di Malaysia menghasilkan madu tulen yang dicampur dengan ekstrak buah-buahan sebenar.

Siri madu tulen mereka termasuk campuran buah yang istimewa seperti madu dengan lemon dan madu dengan beri. Produk mereka tidak mengandungi gula tambahan, pewarna tiruan dan pengawet.

Harga: RM50 hingga RM120 (Bergantung kepada jenis madu)

Laman webFacebook | Instagram

7. Brainey

Image via Enrichz

Sebagai peneraju dalam madu yang bersih dan berkualiti tinggi, Brainey menggunakan kaedah penternakan lebah kelulut yang unik dan mampan. Madu lebah kelulut mempunyai rasa yang istimewa iaitu campuran manis dan masam dengan sedikit  buah-buahan.

Membeli produk Brainey akan menyokong komuniti penternak lebah kelulut tempatan. Kedai tempatan ini menawarkan Madu Kelulut premium.

Harga: RM80 hingga RM270 (Bergantung kepada saiz bekas)

Laman web

8. Melipoly

Melipoly terkenal dengan komitmennya untuk menghasilkan madu tulen dan berkualiti tinggi yang diperolehi dari hutan Malaysia.

Mereka menawarkan pelbagai jenis madu, termasuk madu Tualang, Gelam, dan Kelulut, yang dikenali dengan rasa yang unik dan manfaat kesihatan.

Harga: RM30 hingga RM150 (Bergantung kepada saiz)

Laman webFacebook | Shopee | Lazada

9. Happy Bee Farm

Terletak dalam hutan hujan di Genting Highlands, Happy Bee Farm memberikan pelawat peluang untuk tahu bagaimana sebuah ladang lebah dioperasikan. Mereka juga menawarkan madu tulen, serbuk lebah, royal jelly, propolis, madu sarang dan lain-lain.

Mereka mempunyai tiga cawangan di Genting dan satu di Sunway Putra Mall.

Harga: RM50 hingga RM450 (Bergantung kepada saiz dan jenis madu)

Laman web | Facebook 

10. Honey Land

Image via Honey Land

Honey Land menyediakan madu tulen 100%, semula jadi dan mentah terus dari ladang lebah mereka sendiri. Semua madu akan diuji di makmal untuk membuktikan keasliannya.

Mereka juga merupakan pembekal dan peruncit yang dipercayai di Malaysia. Bukan setakat itu, mereka juga mengimport madu Manuka dari New Zealand, serta pelbagai jenis madu dari Eropah dan Australia.

Jika anda lebih suka madu tempatan, anda boleh mendapatkan Madu Tualang, Madu Kelulut, dan Madu Hutan Asli.

Produk Honey Land boleh didapati di farmasi seperti BIG Pharmacy dan Guardian.

Harga: RM40 hingga RM880 (Bergantung kepada sama ada madu tempatan atau import dan saiz)

Laman webFacebook | Instagram

11. Giant B

Image via Giant B

Ditubuhkan pada tahun 1978 sebagai B-B Town Sdn Bhd, jenama Giant B terus meningkatkan produk madu mereka melalui penternakan lebah, pemprosesan madu dan pembungkusan mereka sendiri.

Mereka merupakan ladang lebah terbesar di Melaka dan menawarkan pelbagai produk madu, termasuk propolis, madu emas tulen, madu hitam tulen, madu tongkat ali tulen, dan lain-lain.

Harga: RM35 hingga RM85 (Bergantung kepada jenis madu dan saiz)

Laman web | Facebook | Shopee

12. Ee Feng Gu

Terletak di Cameron Highlands, Ee Feng Gu mengendalikan ladang sendiri dan keturunan lebah. Mereka beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 7 petang dan menawarkan masuk percuma ke ladang lebah mereka.

Mereka menawarkan madu Propolis, madu Tualang, madu liar dan lain-lain.

Harga: RM6.80 hingga RM390 (Bergantung kepada jenis madu dan saiz)

Facebook | Shopee

13. CED

Image via sccgroup.com.my

CED mempunyai dua jenis madu iaitu madu tulen dan madu longan bunga. Jenama ini memang digemari ramai.

CED merupakan jenama makanan organik dan semulajadi yang pakar dalam madu tulen, biji organik, garam Himalaya, gula organik, oats organik, soymilk dan makanan berkhasiat lain.

Madu mereka boleh dijumpai di pasar raya di seluruh negara, termasuk di Lotus's, Jaya Grocer, Village Grocer, Watsons, dan lain-lain.

Harga: RM6 hingga RM22 (Bergantung kepada saiz)

Laman web | Facebook 

14. LOHAS

Image via says.com

LOHAS menyediakan madu 100% semula jadi, mentah dan tidak dicampur. Jenama ini dikatakan bebas daripada sisa kimia dan madu dibungkus dengan piawaian kualiti yang ketat. Mereka juga mendapat pensijilan organik daripada pelbagai agensi kerajaan Malaysia, Australia, Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan lain-lain.

Mereka menawarkan pelbagai jenis madu, termasuk madu organik red gum mentah, madu Manuka organik, dan madu Acacia organik, tetapi paling dikenali untuk madu mentah premium.

LOHAS boleh didapati di AA Pharmacy.

Harga: RM36.90 hingga RM229 (Bergantung kepada jenis madu dan saiz)

Laman web

15. Bayu kelulut

Image via Bayu kelulut

Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd adalah perniagaan milik Malaysia yang terletak di Kedah, Malaysia sejak tahun 2015 dan visi mereka adalah membawa Madu Kelulut, Superfood Pertama Malaysia ke seluruh dunia.

Madu eksklusif ini mempunyai rasa manis dan masam yang unik.

Harga: RM38 hingga RM240 (Bergantung kepada jenis madu dan saiz)

Laman web I Facebook I Instagram

Kalau nak cari madu tulen, anda boleh melawat ke ladang dan terus membeli di kedai mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: