seismik

15 Sebab Kenapa Jadi 'Single' Adalah Masa Terbaik Untuk Anda

"Berkawan biar seribu, bercinta nanti dulu..."

Cover image via justjared.com

Soalan seperti "Tak sunyi ke takda boyfriend/girlfriend" memang perkara biasa bagi orang 'single'. Tapi, ramai yang tak tahu bahawa jadi 'single' ini ada banyak kelebihannya seperti:

1. Kalau nak pergi mana-mana atau buat apa-apa, tak payah tunggu orang lain

Image via tumblr.com

Bila pergi 'shopping' ke, makan ke, nak bercuti ke UK ke, tak payah nak fikir sangat masa dan tempat nak pergi.

2. Tak ada rasa bersalah kalau nak berkawan dengan sesiapa pun

Image via popxo.com

Bak kata pepatah "Single, ready to mingle!" Tak ada buah hati untuk dijaga perasaan.

3. Jadi... takkan ada timbulnya perasaan cemburu dalam diri

4. Boleh luangkan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang dulu nak buat tapi tak buat-buat lagi

Image via tumblr.com

Seperti habiskan novel, main 'video game', kemas rumah, dan sebagainya.

5. Atau... boleh habiskan semua 'season' dan episod siri kegemaran anda

Image via gurl.com

6. Anda ada banyak masa untuk diluangkan dengan keluarga dan kawan-kawan

Image via pandawhale.com

Takkan kedengaran lagi "untunglah, orang ada buah hati" keluar dari mulut kawan-kawan setiap kali anda takda masa nak keluar dengan mereka.

7. Apabila takda buah hati, takda orang untuk bergaduh dan kurang masalah untuk anda hadapi

Image via wordpress.com

8. Dan... takda yang merajuk dan takda yang perlu dipujuk

Image via tumblr.com

9. Dapat tidur yang mencukupi

Image via tumblr.com

Sebab tak payah nak bergayut 2-3 jam hampir setiap malam.

10. Boleh bersiap ikut masa sendiri

Image via tumblr.com

Takda orang nak bebel "dah siap ke belum?" dalam telefon.

11. Bila nak keluar, boleh ikut 'mood' nak pakai apa dan tak payah bersiap untuk orang lain

Image via pinimg.com

12. Duit pun jimat sebab tak payah belanja untuk keluar 'date'

Image via teen.com

Belanja untuk pergi karaoke atau boling dengan kawan-kawan lagi 'best'.

13. Selain itu, duit anda jimat sebab tak payah nak susahkan diri memikirkan hadiah nak dibeli untuk ulangtahun atau hari jadi pasangan

Image via tumblr.com

14. Boleh fokus untuk capai apa sahaja cita-cita yang diimpikan

Image via allgifs.com

Kalau nak sambung 'study', kerja atau apa-apa pun, tak perlu nak ikut atau tunggu sesiapa.

15. Dan yang paling seronok, apa yang menantikan anda di masa hadapan

Image via makeameme.org

Oleh kerana anda 'single', dan anda ada masa untuk fikirkan apa yang anda mahukan dalam kehidupan, anda mungkin akan temui sesuatu yang tidak dijangka.

Jadi, nikmati masa terluang anda sebagai seorang yang 'single'. Tak perlu rasa tertekan sangat kalau anda dihadapkan dengan soalan-soalan seperti ini:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: