17 Langkah Yang Perlu Anda Tahu Untuk Elak Terkena Panahan Petir
Panahan petir adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian.
Isnin lalu, terdapat satu kes yang melibatkan seorang murid dan dua orang bapa maut akibat dipanah petir di Batu Pahat pada kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Bapa kepada murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Seri Permatang Rengas, Siti Nur Aina itu melaporkan anaknya itu telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada jam 8 pagi semalam
Sementara itu, dua lagi mangsa, Huda Janif @ Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41 meninggal dunia di tempat kejadian. Masing-masing dilaporkan sedang menunggu anak mereka semasa kejadian itu berlaku.
Memandangkan sekarang ini adalah musim hujan dan ribut petir, kami senaraikan beberapa langkah keselamatan yang wajib orang ramai tahu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Untuk mengira jarak kilat, gunakan teknik Flash to Bang atau Kilat ke Guruh.
Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, setiap 10 saat bersamaan 3.2km, 20 saat bersamaan 6.4km dan 30 saat bersamaan 9.6km.
Langkah kedua: sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat, langkah keselamatan seterusnya perlu dilakukan:
1. Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul
Petir tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda berada.
2. Cari perlindungan dalam bangunan besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas
4. Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering
5. Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana petir boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun
7. Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda dipanah petir
8. Segera duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan
1. Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket jika perlu
2. Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3. Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah
4. Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi
5. Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran
Anda perlu ingat bahawa petir masih lagi boleh menyambar walaupun hujan telah berhenti.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!