Guru Meracun 20 Ekor Kucing Sehingga Mati

Dek kerana geram dengan kucing-kucing yang mengotorkan halaman inap desanya, seorang guru tergamak meracuni 20 ekor kucing tersebut sehingga mati.

Guru Yang Meracuni Kesemua 20 Kucing Bukan Mengajar Di SMK Dato' Bentara Dalam

Sebelum ini, laporan menyatakan guru yang meracuni kesemua 20 ekor kucing tersebut mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam.

bit.ly

SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat.

Image via bayuk3nangan.blogspot.com

Namun begitu, hasil siasatan mendapati guru tersebut tidak lagi mengajar di sekolah tersebut dan telah pun berpindah ke Sekolah Menengah Seg Hwa, Segamat.

bit.ly

Sekolah Menengah Seg Hwa , Segamat.

Image via ubksmshsegamat.blogspot.com

Berita Ini Telah Disahkan Oleh Nur Syamila Melalui Sebuah Status Di Facebook

Status terbaru yang dimuat naik Nur Syamila mengenai guru yang meracun kesemua kucing tersebut.

Image via imgur.com

Nur Syamila turut memohon maaf di atas kesilapan beliau melaporkan berita yang kurang tepat tempoh hari.

bit.ly

30 Mac: Sebanyak 20 Ekor Kucing Telah Dilaporkan Mati Diracun Oleh Seorang Guru Di Sebuah Inap Desa Di Segamat Pada Petang Ahad

Kejadian yang berlaku di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor ini telah dikongsikan di akaun Facebook ‘Dunia Kucing’, semalam (31 Mac 201).

terengganutoday.com

Laman FB Dunia Kucing.

Image via imgur.com

Sebahagian penduduk Kampung Taman Seri Waja di Kampung Jawa, di sini, mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memberi racun kepada 20 kucing menyebabkan haiwan itu mati.

hmetro.com.my

Taman Seri Waja, Segamat, Johor.

Image via www.weather-forecast.com

Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut.

amazingnara.com

Guru Tersebut Dipercayai Pernah Mengugut Untuk Meracuni Kesemua Kucing Yang Sering Mengotorkan Halaman

Seorang penduduk, Halipah Maarof, 63, mendakwa ada pengusaha inap desa memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa terbabit.

hmetro.com.my

Keratan akhbar Harian Metro.

Image via phat.my

“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan."

hmetro.com.my

“Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” katanya.

terengganutoday.com

Sampel Makanan Beracun Itu Telah Dihantar Kepada Pejabat Veterinar Daerah Segamat

Penduduk kampung kemudian membuat keputusan untuk menghantar sampel makanan terbabit di Pejabat Veterinar Daerah, petang semalam dan menunggu hasil keputusan sebelum bercadang membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

phat.my

Kejadian Ini Telah Menimbulkan Kemarahan Netizen Di Laman Sosial

Seorang netizen bernama Amy Kurylenko merupakan salah seorang pemilik kucing-kucing yang mati berkenaan.

Image via terengganutoday.com

Respon netizen terhadap kejadian kucing diracun.

Image via dunia kucing/facebook

Siapakah Guru Tersebut? Menurut Seorang Netizen Bernama Nur Syamila, Guru Berkenaan Mengajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam

Status yang dimuat naik seorang netizen bernama Nur Syamila di laman FB.

Image via terengganutoday.com

Surat Rasmi "Penganiayaan Haiwan Kesayangan Rasulullah" Juga Turut Ditulis Dan Dihantar Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

Surat rasmi mengenai penganiayaan haiwan dihantar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Image via dunia kucing/facebook

Surat rasmi mengenai penganiayaan haiwan dihantar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Image via dunia kucing/facebook

Walau Bagaimanapun, Ada Pihak Yang Mengatakan Guru Terbabit Bukan Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam

Status yang dimuat naik Muriatun Mohd Said mengatakan guru tersebut bukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam.

Image via Muriatun Mohd Said/facebook

Apa-Apa Pun, Jangan Biarkan Kucing Anda Berkeliaran Sehingga Boleh Menimbulkan Rasa Tidak Puas Hati Pihak Lain

Image via whyfiles.org

Leave a comment