26 Oktober Diisytihar ‘Cuti Gantian’ Sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor
Kerajaan Selangor mengumumkan 26 Oktober depan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Selangor mengumumkan 26 Oktober depan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri itu bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Menurut posting yang dimuat naik oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Facebook, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pengisytiharan cuti gantian itu berikutan tarikh sambutan kemuncak serta Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa) pada 25 Oktober jatuh pada Ahad.
"Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya, Isnin, 26 Oktober ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian," katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin
Image via Kumpulan Perangsang Selangor BerhadAhmad Fadzli berkata, sambutan Jubli Perak turut dijadualkan berlangsung bermula 28 September hingga 1 November depan sebagai tanda taat setia, penghormatan dan rasa kesyukuran seluruh pentadbiran serta rakyat jelata di bawah naungan pemerintahan baginda.
"Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 20 program dan majlis rasmi telah disusun merangkumi dimensi kemasyarakatan, keagamaan, kelestarian alam sekitar, pembangunan infrastruktur serta sukan.
"Pengisian ini menggembleng kerjasama menyeluruh jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri (GLC) serta badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Acara kemuncak sambutan akan berlangsung pada 25 Oktober bersempena dengan genap 25 tahun pemerintahan baginda, yang melibatkan tiga istiadat utama
Tiga istiadat berkenaan adalah Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama berserta 21 das tembakan, Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.
Di samping itu, Ahmad Fadzli berkata, antara program utama lain yang turut diatur dalam bentuk kemasyarakatan dan kebajikan iaitu Program Menyantuni Anak-Anak Yatim Kembara Semenanjung, Perasmian Taman Mesra Autisme, Program Larian Kita serta Majlis Jamuan Teh Diraja.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via