4 Langkah & Tips Ini Akan Bantu Anda Beli Kenderaan Lelong Dengan Mudah
Jom membida!
Mungkin ada sesetengah daripada anda yang kini tercari-cari kenderaan lelong, tetapi tidak tahu proses dan bagaimana cara untuk membelinya
Bagi mereka yang ingin membeli kenderaan lelong, apa kata kita baca dan tahu langkah-langkah dan tips yang dikongsi oleh saudara Encik Kamal ini di Facebook. Semoga bermanfaat!
1. Sebelum lelongan
Sebelum memasuki proses lelongan kenderaan, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan senarai kenderaan dan tarikh lelongan di beberapa website (rujuk di penghujung post).
Berdasarkan kepada senarai dan tarikh, mereka yang berminat boleh melihat kenderaan di stor-stor yang dinyatakan didalam iklan berkenaan.
Kenderaan-kenderaan ini perlu dibuat pemeriksaan bagi memastikan kenderaan yang bakal dibida dalam keadaan yang memuaskan dan paling penting adalah nombor siri kenderaan dan nombor siri enjin adalah sama seperti yang termaktub di salinan geran kenderaan berkenaan. Sekiranya terdapat perbezaan mungkin kenderaan berkenaan telah dibuat pengubahsuaian tanpa kebenaran.
2. Hari lelongan
Setelah berpuas hati dengan keadaan kenderaan dan berminat untuk masuk lelongan, kita perlu membuat persediaan untuk hari lelongan.
Semasa hari lelongan, pembida perlu menyediakan deposit seperti yang dikehendaki. Syarat-syarat berkaitan deposit mungkin berbeza diantara satu rumah lelongan dengan rumah lelongan yang lain. Maka anda perlu alert dengan syarat-syarat berkaitan dengan deposit ini.
Terdapat rumah lelongan memberi kebenaran menggunakan tunai dan credit card untuk tujuan deposit untuk membida. Jumlah deposit bidaan berbeza untuk kereta dan motor.
Semasa pendaftaran, deposit perlu diserahkan untuk membolehkan pembida memasuki lelongan. Selepas pendaftaran, kad bidaan bernombor akan diserahkan dan anda sudah boleh menunggu kenderaan yang ada minat untuk lelongan.
3. Anda pembida berjaya
Sekiranya anda berjaya membida pada hari lelongan, satu dokumen kontrak akan diserahkan kepada anda. Di dalam dokumen berkenaan dinyatakan harga yang anda menang dan baki yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya tewas tidak perlu bimbang, deposit anda dikembalikan sepenuhnya.
4. Pasca kemenangan
Seusai menang lelongan, kenderaan berkenaan hendaklah dibuat pemeriksaan oleh pihak puspakom bagi memastikan ia sah dan selamat digunakan. Ia boleh dilaksanakan secara on site inspection oleh pihak puspakom dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan. Sekiranya kenderaan gagal dalam pemeriksaaan oleh puspakom maka pihak pembida boleh menuntut kembali deposit yang telah dibayar dengan syarat kenderaan dibuat inspection oleh wakil pihak lelongan. Tiada deposit dikembalikan sekiranya pemeriksaan kenderaan dibuat selepas keluar dari rumah lelongan.
Selepas dokumen puspakom diperolehi, baki bayaran perlu dibuat kepada pihak bank atau institusi kewangan dimana kenderaan berkenaan diberi biaya.
Selepas semua pembayaran dijelaskan, pihak pembiaya pinjaman akan memberikan segala dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran kenderaan berkenaan kepada pemilik yang baru.
Dokumen berkenaan dan pemilik yang baru perlu di bawa ke jpj untuk tujuan pertukaran nama. Pastikan sebelum ke jpj, kenderaan berkenaan telah di insuran ke penama pemilik yang baru sebelum geran dan cukai jalan dikeluarkan oleh pihak jpj.
Setelah selesai pertukaran nama dan geran serta cukai jalan diperolehi maka kenderaan berkenaan sudah boleh bergerak di atas jalan.
Pastikan anda servis kenderaan berkenaan bagi memastikan ia selamat dari sebarang kerosakkan kerana kenderaan ini lama terbiar dan terdedah di dalam stor yang terbuka.
Tips tambahan berkaitan kos
1. Semak harga pasaran kenderaan sebelum membida apa-apa kenderaan bagi memastikan kenderaan dibida tidak melebihi harga pasaran.
2. Bawa mereka yang pakar berkaitan enjin kenderaan tidak mengalami kerosakan kritikal yang boleh menambah kos pemilikan kenderaan.
3. Anggaran kos untuk caj lelongan,pertukaran nama, insuran baru, kos runner untuk puspakom dan jpj adalah rm1500 (kos untuk kereta puan bibah saya)
Important note...
Mohon saya tambah untuk manafaat bersama. Loan tidak boleh dibuat sama sekali.samada selepas tender dimenangi. Ini kerana didlm kontrak tender.selama 14 hari perlu diselesaikan oleh pembida yang menang.dan pihak bank TIDAK akan memberi pinjaman. Tiada istilah yakin boleh lulus bank.ini kerana pihak bank TIDAK akan sesekali memberi pinjaman ke atas kenderaan lelongan. Kecuali pihak pembida membuat pinjaman peribadi utk settlekan baki bayaran tertunggak didlm a/k kenderaan tersebut didlm bank. Saya harap dapat membantu.
Website lelong kenderaan....
1. Lelongtips.com.my
2. G-mart.my
3. Shimfa.com
Dan beberapa lagi....
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!