seismik

Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Akan Dibuang Dari Senarai Hitam Untuk Ke Luar Negara

Proses ini dijangka akan selesai pada 15 Jun 2018.

Cover image via Utusan

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semalam pada 31 Mei, mengumumkan bahawa kementeriannya sedang membuang lebih daripada 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari senarai hitam untuk ke luar negara

Image via says.com

Free Malaysia Today (FMT) melaporkan bahawa menteri baru itu berkata Jabatan Imigresen telah mula dengan proses mengeluarkan nama-nama peminjam PTPTN yang telah disenarai hitamkan sejak 24 Mei. Proses ini dijangka akan selesai pada 15 Jun.

"Sekiranya ada antara kamu yang menghadapi masalah di lapangan terbang, sila hubungi pegawai kami di sana," katanya seperti laporan yang dikeluarkan oleh Malay Mail.

Walau bagaimanapun, nama peminjam akan tetap berada di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang menghalang mereka daripada mendapatkan pinjaman bank

Maszlee juga mengatakan bahawa mereka yang menghadapi masalah pembayaran balik harus pergi ke mana-mana cawangan pejabat PTPTN untuk rundingkan jumlah yang mampu untuk dibayar.

"Mereka perlu berjumpa pihak kami (PTPTN) untuk restructure pembayaran pinjaman semula jika mereka menghadapi masalah. Contohnya, jika mereka tidak dapat membayar RM100 sebulan, kita boleh membincangkan untuk penurunan nilai," katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan New Straits Times (NST).

Image via Gila Hartanah

Dr Maszlee juga menyatakan bahawa janji Pakatan Harapan (PH) mengenai PTPTN perlu ditunda sementara waktu oleh kerana hutang negara yang mengejutkan

Image via Malay Mail

Pakatan Harapan berjanji dalam manifesto pilihan raya bahawa mereka akan menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Memetik laporan The Star Online, Maszlee berkata bahawa kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk mencari cara terbaik untuk memenuhi janji itu dalam masa 100 hari seperti yang dijanjikan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Terbaiklah rakyat Malaysia!

You may be interested in: