seismik

Dalam Masa 24 Jam Sahaja, Tabung Harapan Malaysia Berjaya Kumpul RM 7 Juta!

Baiknya rakyat Malaysia sama-sama nak bantu negara. :)

Cover image via The Coverage

Selepas hanya sehari penubuhannya, dana keseluruhan Tabung Harapan Malaysia (THM) kini sudah mencecah lebih RM7 juta

Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng pada jam 3.00 petang pada satu sidang media di Kementerian Kewangan, semalam, 31 Mei.

Menurut laporan Astro Awani, Lim Guan Eng berkata, "Setakat 3 petang hari ini, dana yang terkumpul adalah RM7,075,508.79.

"Kita akan mengumumkan dana yang terkumpul setiap hari pada jam 3 petang melalui laman web Kementerian Kewangan," tambah beliau.

Menteri Kewangan Malaysia turut mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang menderma kepada tabung tersebut layak untuk mendapat penolakan cukai

Image via News Wav

"Oleh itu, sila simpan resit bagi tujuan tersebut," pesan beliau.

Apabila ditanya tentang apa yang bakal dilakukan kerajaan dengan dana yang terkumpul, Lim Guan Eng berkata keseluruhan dana yang terkumpul akan digunakan untuk menurunkan hutang negara.

"Dana ini tidak akan digunakan bagi kegunaan lain kecuali dengan membayar hutang negara," ujar beliau.

THM telah ditubuhkan pada Rabu, 30 Mei, yang lalu bagi tujuan menangani masalah hutang negara

"Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja," kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, terdapat ramai rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan pertolongan dengan memberi derma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan kewangan negara.

Dalam sidang media semalam, Menteri Kewangan Malaysia turut berkata, "Jika rakyat mahu menunjukkan patriotisme mereka dengan menderma, kami mengalu-alukannya.

"Terserah kepada orang berapa mereka mahu menderma, boleh jadi besar atau kecil," katanya.

Beliau turut berkata bahawa ini adalah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan bahawa mereka adalah sehati, sejiwa dan seraga dengan negara.

Rakyat Malaysia yang ingin memberi sumbangan THM boleh depositkan wang ke dalam nombor akaun Maybank 566010626452

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: