seismik

Tun M: "MRT3 Juga Tidak Akan Diteruskan"

Keputusan dibuat bagi mengurangkan belanjawan negara.

Cover image via Sinar Harian

Selepas membuat pengumuman tentang pembatalan projek mega HSR, satu lagi projek pengangkutan awam turut menerima nasib yang sama

Projek yang dimaksudkan ialah MRT3.

Dalam sidang media tengah hari tadi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa projek MRT3 juga akan dibatalkan.

"Kabinet bersetuju untuk membatalkan HSR dan akan dibincangkan dengan pihak Singapura kerana pembatalan ini akan melibatkan kesan kewangan yang ketara.

"MRT3 juga tidak akan diteruskan," tegas beliau.

Sebelum ini, projek MRT3 Circle Line dijangka akan siap pada 2025

Image via Skyscrapercity

MRT3 adalah salah satu daripada tiga laluan keretapi yang dirancang di bawah Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang oleh MRT Corp. Laluan MRT Circle dijangka meliputi kawasan hangat sekitar Bandar Malaysia, KL Ecocity, Bukit Kiara, dan Sentul.

Dalam Bajet 2018 yang diumumkan pada 27 Oktober 2017, bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata bahawa projek pembinaan MRT 3 bakal disiapkan sebelum 2025, lebih awal daripada sasaran awal tahun 2027.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dua hari lepas, projek HSR telah dibatalkan:

Lagi artikel menarik di SEISMIK!

You may be interested in: