seismik

Siaran 'World Cup' Percuma Dan 5 Lagi Berita Baik Yang Kerajaan Baru Saja Umumkan

Terima kasih kerajaan.

Cover image via SAYS

Keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi memberi beberapa khabar gembira buat rakyat

Image via Berita Harian

Berikut adalah butiran penuh:

1. Siaran Piala Dunia 2018 di RTM

Image via FIFA

Sebanyak 41 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada Julai nanti akan disiarkan secara percuma menerusi RTM.

Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

2. Bantuan khas RM400 bagi kakitangan awam

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, kerajaan akan memberi bantuan khas sebanyak RM400 kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan.

3. Diskaun tol 50 peratus

Image via mykmu.net

Kadar tol akan diberikan diskaun 50 peratus di semua lebuh raya di seluruh negara bagi tempoh dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

4. Bantuan Sara Hidup menggantikan BR1M

Kerajaan memperkenal Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar bantuan dikekalkan.

5. Harga petrol RON95 kekal

Harga petrol RON95 dikekalkan pada RM2.20 seliter, manakala petrol RON97 diapungkan mengikut harga pasaran.

6. Tabung Harapan Malaysia akan ditubuhkan

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia bagi menyediakan "platform sistematik dan telus" kepada rakyat yang ingin menderma dan berkongsi pendapatan mereka dengan kerajaan baru.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pembatalan dua projek pengangkutan awam mega:

You may be interested in: