FBI Jelaskan Kenapa Dia Tidak Mampu Pertahankan Nurul Izzah Semasa Terima Panggilan Seksis
"Kami terus memohon maaf kepada YB."
Pada 25 Mei lalu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah menerima gangguan seksual dari seorang pemanggil ketika berada di live show
Semasa rancangan #FBILIVE yang diacarakan oleh Faizal Ismail berlansung, seorang pemanggil yang dikenali sebagai Azrul memberi nasihat kepada Nurul Izzah supaya lebih berhati-hati dari segi pemakaian tudungnya kerana kadang-kadang bahagian itu terdedah sehingga menampakkan buah dada.
"Pasal hari tu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada tulah," ujar Azrul.
Nurul Izzah mengulas mengenai insiden itu menerusi akaun Twitternya setelah ramai netizen mempertahankan dirinya.
Appreciate it dear.Initially, I was taken aback. But heartened by the sensitivity and grace of so many in defence of women ewhere. Such invasiveness smacks of the sexism and harassment women have had 2 endure.We must push back , inculcate better appreciation& treatment of women. https://t.co/3LUYlN7uKU
— Nurul Izzah (@n_izzah) May 25, 2018
Kenyataan yang dibuat oleh Azrul sejak itu telah menerima bantahan kuat dari orang ramai dan ahli politik
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menganggap kenyataan itu "benar-benar jijik" dan meminta pihak produksi rancangan tersebut untuk bertanggungjawab ke atas insiden itu.
Hannah Yeoh memberitahu Malay Mail bahawa, "Komen itu benar-benar menjijikkan dan tiada siapa yang berhak memberi komen mengenai pakaian seseorang. Pihak produksi sepatutnya perlu tapis pemanggil terlebih dahulu."
"Penganjur perlu memohon maaf kepada Izzah; sama ada perkara itu berada dalam kawalan mereka atau tidak, ia masih berlaku dalam rancangan mereka," katanya sambil menambah, "Kebebasan bersuara datang dengan akal sihat dan kesopanan. Kebebasan bersuara mesti diiringi kesopanan."
Dalam pada itu, Faizal Ismail menerusi Twitter membersihkan keraguan tentang kenapa dia tidak cakap banyak kepada pemanggil berkenaan
Menurut Faizal, dia tidak dapat dengar dengan jelas kenyataan oleh pemanggil itu, justeru tidak dapat memberi tindak balas yang tepat dan sesuai.
Namun beliau benar-benar kelihatan tidak selesa dan hanya mampu berkata "okay" dan berterima kasih kepada pemanggil tersebut.
Faizal menjelaskan sebaik sahaja dia mendengar semula rakaman, dia menyedari apa yang dikatakan pemanggil tersebut adalah sangat tidak wajar.
"Kami segera memohon maaf kepada YB Nurul Izzah. Saya sekeras-kerasnya menentang sebarang komen yang merendah-rendahkan martabat kaum wanita," tulis beliau di Twitter.
Tentang isu berbangkit caller bersama YB Nurul Izzah tempoh saya sekeras2 nya menentang sebarang komen yang merendah2 kan martabat kaum wanita dan apa yg dilakukan oleh pemanggil tersebut adalah sangat tidak wajar. (Bersambung)
— faizal ismail (@faizalfbi76) May 25, 2018
Atas faktor teknikal pada masa itu saya tidak dpt mendengar dgn jelas butiran kata2 caller itu dan tidak dpt memberikan respon yg tepat dan sepatutnya. (Di audio phone lebih jelas) dan apabila saya mendengar semula playback, baru saya perasan dan kami terus memohon maaf kpd YB
— faizal ismail (@faizalfbi76) May 25, 2018
Saksikan sedutan penuh di bawah:
Mamat tegur Izzah kat radio pasal tudung dia. #patriarchy #kerjalaintakde pic.twitter.com/vGLJLUhTix
— Stevie Chan, Esq. (@tapaimalaya) May 25, 2018