"Nampak Baju Dalam, B**h Dada" - Teguran Seorang Pemanggil Kepada Nurul Izzah Di Live Show
Facepalm.
Dalam pada ramai yang sibuk membanjiri wakil rakyat mereka dengan idea mengenai hala tuju negara, seorang lelaki nampaknya lebih fokus ke arah berlainan
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan FBI Live yang diacarakan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana.
Walaupun berlangsung selama lebih satu jam setengah, satu sedutan pendek selama 50 saat telah mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat orang ramai.
Dalam sedutan itu, seorang lelaki menghubungi rancangan berkenaan semata-mata untuk menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan "sesuatu"
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azrul berkata YB Nurul Izzah perlu lebih berhati-hati dengan pemakaian tudungnya.
"Lepas ni YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau. Dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah," tegur Azrul.
Mendengar komen yang tidak dijangka seperti itu, Faizal Ismail dilihat segera ingin menamatkan panggilan tersebut dengan ucapan 'Terima kasih'
Namun begitu, Azrul sempat mencelah dan menambah lagi teguran yang berbaur sensitif itu sebelum menamatkan panggilan.
Azrul berkata lagi, "Pasal hari tu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada tulah."
Sedutan penuh ada di bawah:
Mamat tegur Izzah kat radio pasal tudung dia. #patriarchy #kerjalaintakde pic.twitter.com/vGLJLUhTix
— Stevie Chan, Esq. (@tapaimalaya) May 25, 2018
Terkejut bukan? Anda boleh lihat sendiri ekspresi Nurul Izzah sepanjang panggilan itu berlangsung:
Setelah viral di Twitter, ramai yang terkejut dan tidak bersetuju dengan kelakuan Azrul yang bertindak menegur Nurul Izzah secara umum
Nurul Izzah tidak hanya berdiam diri. Beliau turut memberi respon terhadap isu ini melalui Twitter.
I read all the comments and quote tweets about this video, but I couldn't bring myself to watch it. I just can't. @n_izzah is an exceptional woman and just the thought of her getting her worth reduced and humiliated like this, I can't. I'm angry. So angry. https://t.co/w20gVR6M3Q
— Shafiqah Othman (@sfqomhz) May 25, 2018
Appreciate it dear.Initially, I was taken aback. But heartened by the sensitivity and grace of so many in defence of women ewhere. Such invasiveness smacks of the sexism and harassment women have had 2 endure.We must push back , inculcate better appreciation& treatment of women. https://t.co/3LUYlN7uKU
— Nurul Izzah (@n_izzah) May 25, 2018