seismik

Dalam Masa Seminggu Sahaja, Ini Senarai Pencapaian Kerajaan Baru PH Pada Negara

Macam-macam dah jadi dalam masa yang sangat singkat!

Cover image via Mohd Rasfan / AFP

Semua yang terjadi dalam tempoh seminggu ini pasti akan tercatat dalam buku Sejarah kita nanti.

Antaranya, Pakatan Harapan sebagai kuasa persekutuaan negara Malaysia terkini dan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Semenjak kemerdekaan, Malaysia telah ditadbir oleh gabungan Barisan Nasional (BN), kerajaan paling lama di dunia yang mentadbir sesebuah negara iaitu selama lebih enam dekad.

Bagaimanapun, pada PRU14 baru-baru ini, kita telah melihat rakyat Malaysia bukan sahaja menolak pentadbiran parti BN, bahkan hampir keseluruhan pengundi memilih untuk memberi mandat kepada gabungan parti pembangkang ketika itu iaitu PH untuk memimpin negara.

Kemenangan bersejarah PH sangat luar biasa kerana pelbagai sebab. Salah satu sebab utama ialah manifesto kemenangan parti tersebut iaitu "10 Janji 100 Hari" yang dibuat pada 8 Mac 2018, sewaktu tempoh berkempen.

Walaupun hanya baru beberapa hari kerajaan PH telah mentadbir negara - di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Mahathir, namun sudah beberapa janji kerajaan yang telah terlaksana

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir bersama Timbalan Perdana Menteri, DS Wan Azizah

Image via REUTERS/Lai Seng Sin

Janji utama yang telah parti PH laksanakan adalah: Hapuskan GST

Walaupun secara dasarnya GST tidak dimansuhkan, namun Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dulunya berkadar 6% akan menurun kepada sifar (0%), mulai 1 Jun.

Mengikut kenyataan rasmi MOF pada 16 Mei, pengurangan kadar GST akan dilaksanakan di seluruh negara sehingga pengumuman selanjutnya.

Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan kekurangan pendapatan daripada GST, MOF kini memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebagai sebahagian daripada inisiatif pembaharuan fiskal negara.

Janji kedua kerajaan iaitu menstabilkan harga minyak: Tercapai sepenuhnya!

Pada 16 Mei, Tun Mahathir mengumumkan bahawa tidak akan ada lagi turun naik harga bahan api kerana ia akan disandarkan kepada harga sekarang.

Pada masa ini, satu liter RON95 ialah RM2.20, RON97 ialah RM2.47, Diesel RM2.18, dan Euro 5 Diesel ialah RM2.28.

Beliau juga berkata sekiranya harga tetap tidak mencukupi, "Kerajaan akan memberi subsidi."

Ketiga, salah satu daripada janji "10 janji 100 hari" kerajaan iaitu Menyiasat Skandal, kerajaan telah memulakannya dengan mendedahkan ringkasan eksekutif laporan 1MDB

Satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beberapa orang yang dikaitkan dengan 1MDB termasuk Bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak serta Arul Kanda Kandasamy telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Selain itu, satu pasukan polis khas telah diarahkan untuk menyiasat skandal 1MDB telah menyerbu rumah DS Najib pada malam 16 Mei, yang berlangsung sehingga lewat pagi keesokan harinya.

Menurut NST Online, 15 buah kereta polis dan Black Maria (sebuah trak polis yang digunakan untuk mengangkut banduan) dilihat memasuki kawasan kejiranan beliau bermula pukul 10.15 malam, sejurus selepas DS Najib pulang dari solat terawih di masjid berdekatan.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah membentuk 'Council of Elders,' atau Majlis Penasihat Kerajaan bagi menasihati Kerajaan PH untuk 100 hari pertama pentabiran bermula 12 Mei lalu

Pada kejutan semua orang, pada hari Sabtu itu sendiri, tidak sampai beberapa jam selepas pembentukannya, majlis lima anggota ini telah mengadakan pertemuan pertama pada lewat malam.

Majlis ini ditugaskan untuk menasihati Kerajaan PH dalam tempoh 100 hari pertama untuk memastikan bahawa gabungan itu melaksanakan janjinya kepada rakyat.

Majlis itu kemudiannya membentuk Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC)

IRC yang dianggotai lima orang ini ditugaskan untuk mengkaji kesemua undang-undang utama yang ada sekarang yang tidak selari dengan keabsahan undang-undang serta melihat aspek reformasi institusi bagi tujuan melengkapi reformasi besar yang sedang dijalankan kerajaan baru.

IRC kini akan mengkaji institusi utama seperti Jabatan Peguam Negara (AGC), Badan Kehakiman, Pasukan Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan berjalan dalam masa 60 hari bermula 16 Mei.

Anggota IRC dari kiri, Mah Weng Kwai, Shad Saleem Faruqi, K.C Vohrah, Ambiga Sreenevasan, Mohamed Raji

Image via Astro Awani

Pencapaian paling besar Tun Mahathir tidak lain tidak bukan, pengampunan penuh pemimpin tidak rasmi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

DS Anwar Ibrahim yang berada dalam tahanan polis sejak tahun 2014 itu akhirnya dibebaskan sepenuhnya pada 16 Mei 2018.

Walaupun DS Anwar bebas untuk berpolitik selepas ini namun beliau mendedahkan bahawa beliau mahu berehat terlebih dahulu untuk meluangkan masa bersama keluarganya. 

Terima kasih Tun M!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: