Kes Pelajar Maut Di Asrama Sekolah, ‘Hukum’ Langgar Peraturan Disyaki Motif Kejadian

Difahamkan, seorang remaja lelaki 16 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Remaja 14 tahun maut selepas dikatakan tidak sedarkan diri di sebuah asrama sekolah

Kejadian di Kuala Pilah, seorang remaja lelaki 16 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan mengenai kejadian itu.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengatakan mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam 25 September 2026.

SAYS.com

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Image via Berita Harian

"Susulan kejadian itu, pihak polis menjalankan siasatan segera mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menahan seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun.

"Pihak polis juga sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian,"
katanya.

Motif disyaki mahu menghukum pelajar Tingkatan Dua

Dilaporkan BuletinTV3, pelajar itu didakwa melanggar peraturan asrama dan menjadi motif pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia akibat dibuli di asrama sekolah itu, dan dakwaan mangsa dipukul kerana disyaki menghisap vape.

Datuk Alzafny Ahmad mengatakan perkara ini telah dikenal pasti pihaknya selepas siasatan awal berhubung kes kematian.

"Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan," katanya.

Pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan 'menghukum' mangsa berhubung kesalahan berkenaan.

Polis telah merekodkan 21 keterangan individu terdiri daripada pelajar, guru sekolah dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Remaja itu telah ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Dikongsikan di Threads, wanita yang juga ibu saudara kepada mangsa telah memaklumkan kejadian ini dua hari lepas.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: